AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat apabila mendakwa, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘bekas diktator’ ketika diwawancara oleh akhbar Singapura baru-baru ini.
Kenyataan Nurul Izzah itu mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang.
Sebetulnya, bagaimana karakter dan corak pemerintahan seseorang pemimpin itu sehingga dirujuk sebagai diktator?
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat; maksud diktator merujuk kepada pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim ke atas rakyat negara yang diperintah oleh seorang dan jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi.
Dalam erti kata lain pemimpin diktator sering menggunakan kekerasan dan penganiayaan kepada rakyatnya sering menindas musuh-musuh politik agar sentiasa berkuasa mutlak memerintah negara.
Kekejaman pemerintahan ini telah berlaku sejak tamadun Rom lagi.
Berikut senarai 10 diktator dalam sejarah kepimpinan dunia:
1) Adolf Hitler (1889 - 1945)
Pemerintahan kejam Hitler memuncak pada tahun 1930 apabila melakukan pembunuhan tragis yang sistematik melibatkan isu perkauman sehingga mencipta rekod keganasan manusia terbesar dalam sejarah seorang pemerintah.
Hitler yang dilahirkan pada 20 April 1889 merupakan diktator Jerman yang telah mengorbankan kira-kira 11 juta orang di mana enam juta daripadanya berbangsa Yahudi.
Tindakan tidak berperikemanusiaan beliau itu mencetuskan Perang Dunia ke-2 yang bertanggungjawab ke atas kehilangan 50 hingga 70 juta nyawa.
Zaman kejatuhan Hitler bermula sejurus selepas perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941 dimana tenteranya kalah terhadap Rusia.
Akibatnya, Hitler telah membunuh diri untuk mengelak dirinya daripada ditangkap oleh Tentera Merah Soviet pada 30 April 1945.
2) Joseph Stalin (1878 – 1953)
Pemimpin kejam yang tidak berperikemanusiaan itu dilahirkan pada 18 Disember 1878 di kota Gori, Georgia dan telah dilantik menjadi Ketua Soviet Union menggantikan Lenin pada tahun 1924.
Sifat keji beliau kelihatan apabila sanggup menindas musuh politiknya dengan kejam dan melakukan pembunuhan variasi.
Dalam kejadian Great Purge atau pembersihan besar-besaran yang melibatkan kem buruh (Gulags) dianggarkan seramai 14 hingga 20 juta orang dibunuh sementara berjuta-juta penduduk pula diusir dan dibuang negara.
Stalin juga bertanggungjawab keatas tragedi Holodomo yang berlaku sekitar tahun 1932 hingga 1933 dengan membiarkan penduduk Soviet kelaparan sehinga meragut nyawa mereka.
Kejadian berlaku disebabkan oleh kegagalan polisi pertanian yang dibuat oleh Stalin sendiri sehingga hampir enam ke lapan juta orang mati dalam bencana itu.
3) Pol Pot (1925 – 1998)
Pemerintahan diktator Pol Pot merintah Kemboja di bawah parti politik Khmer Rouge bermula pada tahun 1975 hingga 1979 merupakan mimpi ngeri buat masyarakat kemboja.
Kejahatan beliau terserlah apabila melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyatnya yang dianggarkan lebih satu juta orang terbunuh akibat kelaparan, perlaksanaan politik, pembunuhan dan dikerahkan menjadi buruh paksaan.
Pemerintahannya berakhir selepas pencerobohan negara jiran, Vietnam pada tahun 1979 tetapi masih bergiat aktif di pedalaman Thailand bersama pengikutnya, Red Khmer.
4) Idi Amin (1925 – 2003)
Idi Amin merupakan presiden ketiga Uganda yang bertanggungjawab ke atas 250,000 kematian dalam kalangan rakyatnya disebabkan penyeksaan, hukuman mati, rasuah dan penganiayaan etnik yang dikenakan kepada masyarakat Uganda tanpa sebab kukuh.
Pemerintahan kejam itu bermula pada tahun 1972 hingga 1979, sebelum beliau melarikan diri ke luar negara apabila tewas terhadap Tanzania yang menyerang negara tersebut setahun sebelumnya.
Dia mendapat perlindungan di Libya sebelum meninggal dunia pada tahun 2003 di Arab Saudi.
5) Augusto Pinochet (1915 – 2006)
Pinochet terlibat dalam rampasan kuasa kerajaan Chile pada 1973 menjatuhkan Salvador Allende dan memerintah negara itu selama hampir 20 tahun.
Pemerintahan diktator Pinochet terserlah apabila beliau melakukan penindasan terhadap lawannya dan lebih daripada 100,000 orang ditangkap dengan diseksa dan dibunuh dalam tempoh tiga tahun pertama pemerintahannya.
6) Francois Duvalier (1907 – 1971)
Diktator dari Haiti ini lebih dikenali sebagi Papa Doc memerintah negara termiskin di Amerika bermula tahun 1957 hingga akhir hayatnya pada 1971.
Semasa pemerintahan beliau, sekurang-kurangnya 30,000 warga Haiti mati dibunuh sementara beribu rakyatnya lari ke luar negara dan kebanyakannya terdiri daripada golongan bijak pandai.
Namun begitu, ada juga yang menganggap beliau bertanggungjawab terhadap keadaan semasa di Haiti dan selepas kematian Duvalier, pmerintahan kejam itu digantikan anaknya Jean-Claude Duvalier sehingga tahun 1986.
7) Francisco Franco (1892 – 1975)
Pemerintahan diktator Sepanyol mula memegang kuasa pada tahun 1939 ketika beliau muncul memenangi Perang Saudara Sepanyol sehingga kematiannya pada tahun 1975.
Kejahatan dan kekejaman beliau dilihat apabila Franco melakukan penindasan yang teruk kepada sesiapa sahaja yang membangkangnya dan akan dihantar ke pusat tahanan.
Mereka yang ditahan akan dipenjarakan dan dipaksa menjadi buruh kasar atau dibunuh.
Pemerintahan beliau menjadi lebih liberal pada tahun 1960 hingga 1970 dan Sepayol menjadi negara yang demokratik selepas beliau mati.
8) Saddam Hussein (1937 - 2006)
Diktator Saddam Hussein mula menguasai tampuk pemerintahan Iraq pada tahun 1979.
Saddam bertanggungjawab atas kematian kira-kira 500,000 sehingga sejuta kematian di mana puak Kurdish sahaja berjumlah 70,000 sehingga 300,000 orang.
Saddam digulingkan selepas pencerobohan pakatan Amerika Syarikat dan United Kingdom pada tahun 2003.
Beliau telah dihukum mati pada 30 Disember 2006 atas kesalahan kematian 148 orang puak Syiah yang berlaku pada awal tahun 1980.
9) Ariel Sharon (1928 – 2014)
Ariel Sharon merupakan jeneral tentera Zionis dan Perdana Menteri Israel yang ke- 11 yang berkhidmat sejak 2001 hingga 2006.
Selain itu, Sharon juga terlibat dalam Perang Kemerdekaan (1948), Perang Suez (1956), Perang 6 Hari (1967) dan Perang Yom-Kippur (1973).
Ariel Sharon juga dilaporkan bertanggungjawab secara langsung ke atas pembunuhan beramai-ramai orang awam di kem Sabra dan kem Shatila semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan Israel.
Diktator ini meninggal dunia selepas koma selama lapan tahun setelah disokong oleh alat bantuan pernafasan.
10) Charles Taylor (1948 - kini)
Charles Taylor merupakan bekas Presiden Liberia yang dilantik pada tahun 1997. Beliau dianggap diktator kerana kegananasan terhadap penduduk seperti pelanggaran hak asasi manusia, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dalam Perang Saudara di Sierra Leone.
Kini beliau dalam perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan terlibat dalam perang saudara Sierra Leone.
Agensi
Wed Mar 27 2019
Pemimpin diktator sering menggunakan kekerasan dan penganiayaan kepada rakyatnya sering menindas musuh-musuh politik agar sentiasa berkuasa mutlak memerintah negara. - Reuters
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Presiden Brazil bandingkan serangan Israel ke atas Gaza dengan tindakan holokus oleh Hitler
Israel akan panggil duta Brazil untuk menegur kenyataan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang disifatkan 'melampaui batas.'
Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun
Saturn dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke zoo Berlin, Jerman.
'Aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust' - Alasan graduan buat simbol ala Nazi
Gambar graduan tersebut dengan gaya tabik hormat yang digunakan semasa zaman pemerintahan Adolf Hitler di Jerman itu kemudiannya dikongsikan ke dalam laman Facebook peribadinya sebelum dipadam.
Kalau Tun Mahathir 'diktator', bagaimana pula dengan 10 pemimpin ini?
Ini 10 profil diktator seluruh dunia yang kejam semasa era pemerintahannya sehingga mencipta sejarah moden.
Rekod perubatan sahkan Hitler cuma miliki satu buah zakar
Satu rekod perubatan penjara menunjukkan Adolf Hitler menghidap suatu penyakit yang menyebabkan testis tidak turun ke dalam skrotum.
Hitler itu mungkin ada benarnya
Mengapa kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?
Undian: Majoriti mahu Bung Mokhtar tarik balik tweet yang disiarkan
AstroAwani.com bertanya, apa yang perlu dilakukan oleh Bung Mokhtar susulan permohonan maaf beliau tentang kenyataan "Hidup Hitler"?
Mesej MCA kepada Bung Mokhtar
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker mengulas komen Bung Mokhtar yang mengaitkan Adolf Hitler dengan pasukan bolasepak Jerman.
PM patut gesa Bung Mokhtar letak jawatan, kata Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang itu membuat gesaan berhubung kenyataan kontroversi Bung Mokhtar Radin mengaitkan pasukan Jerman dengan Adolf Hitler.
Bung Mokhtar buat hal lagi
Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 awal pagi tadi dengan Adolf Hitler.