SEORANG Influencer atau pempengaruh dari China dilaporkan meninggal dunia selepas meminum alkohol dalam jumlah yang banyak secara langsung di Douyin, platform media sosial TikTok versi China.
User Brother Three Thousand didakwa telah meminum sekurang-kurangnya tujuh botol alkohol jenis baijiu sewaktu bersiaran secara langsung pada Khamis lalu.
Influencer yang namanya didedahkan sebagai Wang oleh media tempatan bagaimanapun ditemui meninggal dunia 12 jam selepas itu.
“Dia ditemui telah meninggal dunia oleh keluarganya pada keesokkan hari tanpa sempat mendapatkan rawatan atau pertolongan,” kata seorang sumber kepada media tempatan seperti dilaporkan BBC.
Baijiu merupakan minuman yang mengandungi 60 peratus alkohol. Wang disifatkan sebagai seorang ‘pakar minum’.
Dia sebelumnya dikatakan telah terlibat dalam sebuah ‘pertandingan’ empat penjuru dalam usaha mengumpul hadiah terbanyak daripada penonton dalam masa singkat.
Namun Wang tewas dalam tiga pusingan menyebabkan dia perlu meminum baijiu sebagai hukuman.
Ironi, akaun Wang sebelum ini telah dihapuskan oleh Douyin kerana aksi ‘minum’ dan platform tersebut turut mengharamkan aktiviti minum alkohol secara langsung.
Kematiannya menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna internet di China, sekaligus mendorong usaha memperketat undang-undang dalam industri siaran langsung.
Artikel asal ini diterbitkan di Astro Gempak
Gempak
Tue May 23 2023
Ironinya, akaun Wang sebelum ini telah dihapuskan oleh Douyin kerana aksi minum dan platform tersebut turut mengharamkan aktiviti minum alkohol secara langsung. - Sumber foto Astro Gempak
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
Kalah bertanding, influencer maut selepas minum alkohol secara langsung
Seorang Influencer atau pempengaruh dari China dilaporkan meninggal dunia selepas meminum alkohol dalam jumlah yang banyak secara langsung di Douyin, platform media sosial TikTok versi China.