Pengguna media sosial di India berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan lapan lelaki di daerah Mewat, Haryana yang tergamak merogol seekor kambing yang sedang bunting.
Haiwan berusia tujuh tahun itu 'tidak boleh berjalan' dan mati tidak lama kemudian.
Kisah perbuatan kejam kesemua lelaki terbabit telah dikongsi beribu kali dan #JusticeForGoat kini telah menjadi trending dengan lebih 28,000 tweet.
BACA: 8 lelaki didakwa 'rogol' kambing bunting sampai putus nyawa
Akhbar Hindustan Times melaporkan kes itu didaftarkan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang melarang persetubuhan di luar tabii dan di bawah Akta Kekejaman Haiwan.
"Haiwan itu dilaporkan hilang dan penduduk kampung membantu pemiliknya mencari kambing terbabit. Mereka terdengar bunyi bising dan mendapati tiga lelaki sedang memperkosa haiwan tersebut," menurut laporan itu.
Jelas polis, pelaku adalah orang tempatan dan tiga daripada mereka telah dipukul penduduk kampung.
Semalam, penguasa polis, Nazneen Bhasin mengesahkan mereka sedang menyiasat kes itu dan mengambil keterangan beberapa saksi. - Gulf News
Sinar Harian
Mon Jul 30 2018

Penggembala yang kambingnya mati akibat tindakan tidak berperikemanusiaan menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. -Twitter ANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

#JusticeForGoat untuk kambing dinoda lapan lelaki
Haiwan berusia tujuh tahun itu 'tidak boleh berjalan' dan mati tidak lama kemudian.