Lahir emosi berbelah bahagi bila Ekapol Chantawong, yang juga digelar "Jurulatih Ekk", dari pasukan bola sepak "Mu Pa" (Babi Hutan) akhirnya keluar dari kompleks gua Tham Luang malam ini setelah terperangkap selama 17 hari.
Yatim piatu berusia 25 tahun itu bukan sahaja menjadi jurulatih bola sepak bagi budak-budak itu, tetapi juga sepanjang mengharung kemelut lebih dua minggu itu, turut menjadi pelindung dan tempat bergantung harap ketika mereka berjuang untuk terus hidup dalam gua yang penuh bahaya itu.
BACA: Pemimpin dunia ucap tahniah atas kejayaan selamatkan 13 remaja Thailand bersama jurulatih
Sebagai orang terakhir keluar dari gua itu hari ini, "Ekk" yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak kecil lagi dan tinggal dengan ibu saudaranya, tetap menunaikan janji kepada keluarga budak-budak itu untuk menjaga anak-anak mereka sepanjang berdepan bahaya dalam gua bawah tanah itu.
"Saya berjanji akan menjaga budak-budak itu sebaik mungkin. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberi," tulis Ekk dalam sepucuk surat yang begitu menyentuh perasaan, sembilan hari selepas mereka ditemui juruselam British sedang duduk di sebuah tubir disebut "Nerm Nom Sao" dalam gua berkenaan.
BACA: Akhirnya jurulatih diselamatkan, trauma mangsa gua Tham Luang berakhir
Surat yang juga ditulis oleh setiap seorang daripada budak-budak itu berusia antara 11 dan 15 tahun telah diserahkan kepada ibu bapa masing-masing oleh juruselam dari unit SEAL Royal Thai Navy.
Dalam suratnya, Ekk yang pernah menjadi sami Buddha sebelumnya, turut meminta maaf kepada ibu bapa budak-budak itu, kerana berasa bertanggungjawab membawa anak-anak mereka mengharungi bahaya dalam trip yang tidak dirancang ke dalam gua yang dilanda banjir itu.
Menurut laporan media, dia membawa budak-budak itu ke gua selepas latihan bola sepak, tanpa menyedari hujan lebih telah membanjiri sebahagian daripada gua itu.
Namun, ibu bapa berkenaan malah majoriti masyarakat Thai enggan meletakkan kesalahan ke atas jurulatih itu, sebaliknya menyifatkan Ekk sebagai wira sebenar hingga budak-budak itu berjaya dibawa keluar hidup-hidup dari gua berkenaan.
Ekk mengajar pemain-pemain bola sepak itu cara melakukan meditasi sebagai jalan untuk menenangkan jiwa sepanjang terperangkap di dalam gua.
"Saya tahu dia seorang yang baik," kata Kum-aey Promthep, nenek kepada salah seorang budak-budak itu kepada media tempatan.
Keluarga lain budak-budak itu menyokong pandangan Kum-aey.
BACA: Bandar Chiang Rai bersorak riang rai kejayaan selamatkan mangsa Gua Tham Luang
Timbalan pengarah dari kementerian keadilan Thawatchai Thaikieaw disebut oleh media tempatan sebagai berkata beliau bimbang jurulatih itu akan ditekan kemurungan sebaik keluar dari gua.
"Saya khuatir dia akan menyalahkan dirinya seorang. Ini boleh menyebabkan kekecewaan pada dirinya," kata beliau.
Seorang pegawai polis di Balai Polis Mae Sai yang berkuasa ke atas kawasan gua Tham Luang dilaporkan berkata pihaknya sedang mempertimbang sama ada hendak mengenakan dakwaan terhadap jurulatih itu kerana membawa budak-budak itu ke dalam gua.
"Saya enggan menjawab isu itu ketika ini. Kami perlu menilai dulu perkara ini dengan hati-hati," kata ketuanya Kol Komsan Saard-an.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018
EKK: Saya berjanji akan menjaga budak-budak itu sebaik mungkin. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberi. -Gambar Facebook/Ana Roque
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.
Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
Wabak ASF: 91 babi hutan mati di Terengganu
Sebanyak 91 babi hutan di sekitar kawasan hutan Air Putih dekat Kemaman, disahkan mati akibat penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan
Penduduk tidak pernah melihat kemunculan babi dengan jumlah yang banyak dan kerap sepanjang lebih 50 tahun tinggal di kampung itu.
Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada babi hutan di Bidor dan Sungkai, di Perak, serta Jerantut di Pahang.
Kecoh dibuatnya, babi sesat di Persiaran Gurney!
Kehadiran seekor babi hutan sesat di kawasan Persiaran Gurney, Pulau Pinang mencemaskan orang ramai di sekitar kawasan itu pada Jumaat.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
Rimas! Penduduk Rom tidak tahan lagi saban tahun diancam babi hutan
Wilayah Lazio di Rom sahaja dianggarkan terdapat antara 5,000 hingga 6,000 ekor babi hutan di taman awam.
Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak
Seorang lelaki maut apabila terkena tembakan yang dilepaskan rakan sendiri semasa aktiviti memburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Merit, dekat sini, semalam.
Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah
Mengerikan! Seorang lelaki berdepan detik negeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki kemudian diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan.