JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap perang yang masih berlanjutan antara dua negara itu.
Sehubungan itu, Jokowi akan mengadakan kunjungan ke kedua-dua negara berkenaan, lapor portal berita CNN Indonesia.
Perkara itu diumumkan Menteri Luar Indonesia, Retno LP Marsudi dalam sidang media secara dalam talian dengan wartawan tempatan hari ini.
Menurut Retno, kunjungan Jokowi ke Rusia dan Ukraine memperlihatkan keprihatinan Presiden Indonesia terhadap isu kemanusiaan selain cuba menghulurkan jalan penyelesaian pada krisis makanan yang tercetus akibat perang antara dua negara itu.
"Kesan perang itu turut dirasakan oleh semua negara terutama negara berkembang dan berpendapatan rendah sekali gus mendorong semangat perdamaian,” kata Retno.
Beliau turut memaklumkan, Jokowi akan menjadi pemimpin pertama dari negara Asia yang akan melawat Ukraine dan Rusia di tengah-tengah konflik.
Portal berita itu juga melaporkan, khabar mengenai pertemuan antara Jokowi dan Putin sudah kedengaran
sejak kebelakangan ini.
Semenjak perang tercetus antara dua negara itu, kedudukan Indonesia menjadi sorotan berikutan negara itu kini menjadi tuan rumah bagi Persidangan Negara-Negara Kumpulan 20 (G20) yang turut dianggotai oleh Rusia.
Sidang kemuncak G20 dijangka berlangsung di Bali, Indonesia pada hujung tahun ini.
Astro Awani
Wed Jun 22 2022
Presiden Jokowi (tengah) akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Volodymyr Zelensky (kanan) dan Presiden Vladimir Putin dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap perang yang masih berlanjutan antara dua negara itu. - Gambar REUTERS
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Muzik dimatikan, Anang kena 'ejek' satu stadium kacau kemenangan Indonesia
Penyanyi Anang dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia semasa perlawanan ke atas Filipina.
Pemilu 2024: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Prabowo
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Jokowi menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.
Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Pilpres 2024: Gibran agih susu percuma didakwa langgar peraturan kempen
Badan pemerhati pilihan raya Indonesia telah memanggil anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang menjadi calon wakil presiden (cawapres).
Indonesia terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - Jokowi
Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin.
Jokowi kemuka empat cadangan tamatkan krisis Gaza
Presiden Indonesia Joko Widodo mengemukakan empat cadangan untuk menangani krisis di Gaza.
Asap kebakaran berpotensi merebak, Jokowi gesa tindakan segera
Presiden Indonesia Joko Widodo memberi peringatan bahawa asap daripada kebakaran hutan di negara itu berpotensi untuk tersebar secara meluas.
HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia
Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung diyakini dapat mempermudah pergerakan penduduk Indonesia.