Upacara pelantikan Joko Widodo sebagai Presiden Republik Indonesia yang baharu hari ini meninggalkan kesan besar buat keseluruhan rakyat negara itu termasuk golongan yang selama ini dianggap sebagai kumpulan bawahan dalam lapisan sosioekonomi negara itu.
Dalam pidato perdananya sebagai Presiden, Joko yang mesra dengan panggilan Jokowi mengajak semua golongan bekerja keras. Mulai dari nelayan, pedagang bakso dan pengusaha, semuanya diajak untuk bahu-membahu demi masa depan Indonesia.
"Pada para nelayan, buruh, petani, pedagang bakso, asongan (golongan pencari nafkah dengan menjual barangan di jalanan), supir (pemandu kenderaan), golongan akademik, guru, TNI (tentera), Polri (polis), pengusaha, saya menyerukan untuk bekerja keras. Bahu-membahu, bergotong royong,” ujar Jokowi.
Bagi para peniaga bakso, misalnya, ucapan itu disifatkan sebagai suatu bentuk penghargaan daripada tokoh nombor satu Indonesia terhadap ekonomi kerakyatan.
Jokowi yang turut berjanji untuk bekerja keras sepanjang pemerintahannya berkata, beban negara yang dihadapi ketika ini mampu dipikul bersama hasil usaha bersungguh-sungguh demi mencapai perpaduan.
“Kita tidak akan pernah besar jika terjebak dalam keterbelahan dan keterpecahan dan kita tidak akan betul-betul merdeka tanpa kerja keras," ujar beliau.
Jokowi dilihat kerap kali menggunakan istilah ‘kerja keras’ sepanjang ucapan tersebut.
"Lima tahun ke depan, momentum pertaruhan kita sebagai bangsa yang merdeka. Oleh karena itu, bekerja, bekerja, bekerja adalah yang utama," tegas Jokowi.
Jokowi mahu memastikan setiap rakyat mendapat layanan dan perhatian pemerintah. Bagi mencapai hasrat itu, beliau mengajak semua lembaga negara untuk bekerja dalam semangat yang sama demi menjalankan tugas dan fungsi masing-masing.
"Saya yakin negara ini akan makin kuat dan berwibawa jika seluruh lembaga negara bekerja sesuai mandat yang diberikan konstitusi kita," kata Jokowi.
Menyandang jawatan tertinggi negara untuk sebuah penggal pentadbiran yang penuh cabaran, Jokowi mengangkat sumpah pelantikan Presiden yang berbunyi: “Demi Allah saya bersumpah, akan memenuhi kewajiban presiden RI dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya memegang teguh UUD (Undang-Undang Dasar), dan menjalankan segala Undang-undang dan peraturannya dengan selurus-lurusnya, serta berbakti kepada nusa dan bangsa”.
Kata-kata yang dilafazkan Jokowi hari ini disambut oleh seluruh rakyat berpopulasi lebih 250 juta orang itu dengan sorakan gembira, harapan tinggi dan juga air mata.
Hamzah Hamid
Mon Oct 20 2014
Jokowi mengajak seluruh rakyat Indonesia bekerja keras demi masa depan republik itu.
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Jokowi ajak rakyat bekerja keras, hargai peranan golongan bawahan
Apresiasi terhadap segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan bawahan, dalam sosioekonomi negara menjadi tarikan dalam ucapan pertama Presiden Indonesia yang baharu.