Syarikat penerbangan tambang murah AS, JetBlue, melakukan satu eksperimen sosial yang secara tidak langsung mengajar penumpang untuk berkompromi dan berinteraksi bersama antara satu sama lain.
Ini kerana para penumpang dikejutkan dengan pengumuman bahawa mereka akan menerima tiket percuma.
Namun, mereka dibenarkan untuk memilih satu destinasi sahaja yang dipersetujui oleh kesemua 150 penumpang.
Video sosial eksperimen berkenaan dimuat naik di laman YouTube milik JetBlue.
Prosesnya bukan mudah kerana JetBlue terbang ke lebih kurang 92 destinasi AS dan luar negara.
Dua destinasi utama iaitu kepulauan Turks and Caicos dan Costa Rica menjadi finalis.
Seperti pilihan raya, beberapa penumpang tampil ke hadapan untuk ‘pancing’ undian dan pada mulanya, mereka tidak mendapat kata sepakat.
Sumber: YouTube/JetBlue
Setelah beberapa penumpang bertukar fikiran, Costa Rica menjadi destinasi pilihan semua penumpang.
JetBlue berkata sosial eksperimen sebegini membantu penumpang untuk mengetepikan kepentingan peribadi untuk mendapat persetujuan.
“Apa yang dapat kita pelajari di sini? Apabila semua berkompromi dan bekerja sama, semua parti menang,” kata seorang jurucakap yang muncul diakhir video berkenaan.