Indonesia telah bersetuju untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang dipercayai dalang disebalik kebakaran-kebakaran hutan di Republik itu, yang menjadi penyebab kepada penurunan kualiti udara di Singapura sehingga mencapai tahap tidak sihat.
VIDEO: Kebakaran di Indonesia punca jerebu di Malaysia dan Singapura
Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr Siti Nurbaya Bakar memaklumkan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, bahawa senarai itu akan dikongsikan dengan rakan sejawatnya itu sebaik maklumat berkait disahkan, menurut kenyataan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura.
Siti Nurbaya sebelum ini menjelaskan bahawa pihak berkuasa Indonesia telahpun menggunakan pelbagai sumber termasuk pesawat dan helikopter serta tentera dan polis, untuk mengawal kebakaran di negara itu dan menguatkuasakan undang-undang.
Singapura meluluskan rang undang-undang baru tahun lalu, khusus untuk menangani isu pencemaran udara rentas sempadan, dengan pihak yang terlibat mungkin berdepan dengan dakwaan jenayah.
Menurut laporan Reuters, jerebu menjadi isu utama di Singapura ketika ini, lebih-lebih lagi menjelang perlumbaan GP Formula Satu yang akan dianjurkan di sana hujung minggu ini.
Astro Awani
Tue Sep 15 2015
![Jerebu: Indonesia akan dedah nama-nama syarikat, dalang kebakaran hutan - Singapura Jerebu: Indonesia akan dedah nama-nama syarikat, dalang kebakaran hutan - Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441613973_haze.jpg)
Singapura meluluskan rang undang-undang baru tahun lalu, khusus untuk menangani isu pencemaran udara rentas sempadan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709011686_TBAzalinaOthman.jpg)
Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina
Azalina berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa dalang itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan terbabit.
![Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706891047_RuslinJusoh.jpg)
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.
![Dalang di sebalik pengeboman lapangan terbang Kabul dibunuh oleh Taliban Dalang di sebalik pengeboman lapangan terbang Kabul dibunuh oleh Taliban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682467890_TBAFGHANISTAN.jpg)
Dalang di sebalik pengeboman lapangan terbang Kabul dibunuh oleh Taliban
Ketua Daish itu dibunuh beberapa minggu lepas namun ia mengambil masa untuk mengesahkan kematiannya.
![Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674777331_TenteraFilipinada.jpg)
Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model
Mangsa menjadi sasaran selepas didakwa mempunyai "maklumat yang sangat sensitif" terhadap Durante.
![400 Mawozo dipercayai dalang di sebalik penculikan kumpulan mubaligh di Haiti 400 Mawozo dipercayai dalang di sebalik penculikan kumpulan mubaligh di Haiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634513148_MaisonLaProvidence.jpg)
400 Mawozo dipercayai dalang di sebalik penculikan kumpulan mubaligh di Haiti
Lima lelaki, tujuh wanita serta lima kanak-kanak baru sahaja pulang daripada melawati sebuah rumah anak yatim sebelum diculik pada Sabtu.
![61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan 61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627698458_TBelektrikharamjpg.jpg)
61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan
Modus operandi mereka ialah menggunakan menggantung cangkuk besi di kabel pencawang utama.
![Sindiket dadah didalangi penuntut kolej warga asing tumpas Sindiket dadah didalangi penuntut kolej warga asing tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627380119_Dadah.jpg)
Sindiket dadah didalangi penuntut kolej warga asing tumpas
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai didalangi penuntut kolej swasta warga asing menerusi beberapa serbuan di Shah Alam dan Petaling Jaya minggu lepas.
![Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621875175_KetuaPolis.jpg)
Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan
Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan polis di sekitar Lembah Klang dari 17 hingga 20 Mei lepas dalam operasi memerangi kegiatan judi mesin slot.
![Sindiket judi dalam talian didalangi 'Datuk Seri' tumpas, 19 ditahan Sindiket judi dalam talian didalangi 'Datuk Seri' tumpas, 19 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615989644_handcuff.jpg)
Sindiket judi dalam talian didalangi 'Datuk Seri' tumpas, 19 ditahan
Tangkapan dilakukan hasil serbuan di sebuah premis dekat Jalan Pudu dan sekitar ibu negara, antara 17 hingga 20 Mei lalu.
![Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617637697_DatukAyobKhanMydin.jpg)
Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan
Seorang pegawai polis dan tiga anggota ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan.