Jepun menyemak semula angka jangkitan dan kematian akibat COVID-19 susulan perkembangan terbaharu di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Jepun, pihaknya terpaksa menambah 85 lagi kematian dan 34 jangkitan dalam penjumlahan asal.

Difahamkan, percanggahan itu dikesan apabila pegawai bertanggungjawab memeriksa semula maklumat yang diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan.

Ini menjadikan jumlah terkini di Jepun kepada 13,100 kes dengan 330 kematian.

Jepun mencatatkan 434 kes baharu jangkitan koronavirus dengan 19 kematian pada Khamis.