Jepun sahkan kes pertama koronavirus
Firdaus Azil
Januari 16, 2020 11:12 MYT
Januari 16, 2020 11:12 MYT
Kerajaan Jepun pada Khamis mengesahkan kes koronavirus pertama di negara itu.
Agensi berita Japan Times melaporkan mangsa warganegara China itu telah melawat wilayah Wuhan di timur China dan hasil ujian mendapati dia positif menghidap virus itu.
Lelaki berusia 30 tahun itu menetap di wilayah Kanagawa dan kembali dari Wuhan pada 6 Januari.
Sejurus kembali, lelaki dilaporkan mengalami simptom penyakit itu dan dimasukkan ke hospital pada 10 Januari.
Bagaimanapun pihak berkuasa mengesahkan dia dibenarkan pulang dari hospital dan sudah pulih sepenuhnya.
Virus seakan-akan pneumonia itu telah menjangkiti sejumlah warganegara China sejak ia dikesan tersebar di Wuhan pada Disember tahun lepas.