KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun komited untuk terus menjelaskan kepada masyarakat antarabangsa, termasuk negara-negara Asia Tenggara (SEA), tentang aspek keselamatan rancangan melepaskan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik.
Walaupun rancangan Jepun untuk membuang air sisa radioaktif terawat di bawah Sistem Pemprosesan Cecair Lanjutan (ALPS) itu dikatakan selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang disahkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), banyak negara-negara jiran Jepun, mengutarakan keraguan terhadap langkah ini.
Setiausaha Pertama kedutaan Jepun di Malaysia, Yosuke Kurotani, berkata dengan adanya laporan penilaian IAEA yang terkini, Jepun akan berusaha sepenuhnya untuk meredakan kebimbangan dengan menyalurkan maklumat yang diperlukan kepada lebih banyak negara jika perlu.
"Berdasarkan kesimpulan Laporan Komprehensif IAEA, kami akan terus memberikan maklumat yang diperlukan kepada masyarakat antarabangsa secara terbuka dan juga berusaha meningkatkan pemahaman masyarakat antarabangsa tentang pelepasan air terawat ALPS," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.
Kurotani berkata demikian ketika ditanya bagaimana pelepasan lebih daripada 1.33 juta meter padu air yang terkumpul di tapak itu sejak bencana nuklear 2011 akibat gempa bumi Tohoku yang didakwa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara anggota SEA.
"Amerika Syarikat (AS) menyambut baik laporan IAEA dan menyatakan bahawa sejak insiden nuklear 2011, Jepun telah secara proaktif bekerjasama dengan IAEA mengenai rancangannya dan menjalankan proses yang telus dan berlandaskan sains.
"Mereka (AS) juga menantikan kerjasama berterusan dari Jepun bersama-sama IAEA seiring dengan prosesnya yang masih berjalan. Keyakinan yang ditunjukkan AS dan usaha Korea Selatan menjalankan kaji selidiknya sendiri dan (juga) mengumumkan bahawa usaha Jepun selaras dengan piawaian antarabangsa.
"Dengan terus memberikan penjelasan terperinci, kami ingin meningkatkan jumlah negara lain yang mahu memahami perkara ini. Kami sentiasa terbuka tentang hal ini dan mendedahkan semua maklumat yang relevan," katanya.
Terbaharu, Australia turut menyambut baik laporan IAEA yang telah melibatkan pakar-pakar dari AS, Korea Selatan, Rusia, Argentina, Australia, Kanada, China, Perancis, Kepulauan Marshall, United Kingdom, dan Vietnam.
Semasa pertemuan ASEAN Plus Tiga (ASEAN+3) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi, menegaskan bahawa negaranya akan melakukan prosedur itu mengikut piawaian dan amalan antarabangsa.
Mengenai bagaimana stesen kuasa nuklear Fukushima Daiichi dilengkapi untuk menangani potensi risiko daripada pelepasan ini, Kurotani menekankan bahawa pelepasan air berdasarkan konsep 'fail-safe', iaitu ia akan dihentikan serta-merta andai berlaku sesuatu membimbangkan.
Stesen dibina berdasarkan prinsip bahawa kegagalan, kerosakan dan kesilapan berpotensi terjadi, serta menggabungkan kaedah kawalan dan prinsip pengendalian yang secara automatik menjamin keselamatan dalam situasi seperti itu.
Berkenaan dengan larangan import makanan laut yang mungkin dikenakan oleh negara-negara tertentu, dengan merujuk kepada kandungan Laporan Komprehensif IAEA, Kurotani berkata pelepasan air yang terawat dengan ALPS mempunyai kesan radiasi yang minimal terhadap manusia dan alam sekitar.
Pada 4 Julai, IAEA melaporkan bahawa rancangan Jepun untuk membuang air sisa radioaktif dari loji kuasa Fukushima Daiichi ke dalam laut "selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa."
Laporan itu diserahkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung IAEA, Rafael Mariano Grossi, kepada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, di Tokyo semasa lawatan empat hari beliau ke Jepun.
Rata-rata akhbar Jepun melaporkan bahawa kerajaan Jepun dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), pengendali loji, bakal melaksanakan rancangan itu pada musim panas, iaitu sekitar Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
KUROTANI: AS menyatakan bahawa sejak insiden nuklear 2011, Jepun secara proaktif bekerjasama dengan IAEA mengenai rancangannya dan menjalankan proses yang telus dan berlandaskan sains. --fotoBERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Jepun mula fasa keempat lepas air terawat dari loji nuklear Fukushima
Tiga pusingan pelepasan air terawat sebelum ini dari NPP Fukushima telah dijalankan pada Ogos, Oktober dan November 2023.
Pakar IAEA akan periksa loji kuasa nuklear Fukushima pada 24-27 Okt
IAEA akan melawat Jepun untuk memeriksa loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima buat kali pertama sejak pelepasan air terawat bermula.
Pelepasan sisa air Fukushima, Jepun pantau rapat situasi
Jepun mula menyalurkan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke laut pada tengah hari Khamis, dan akan memantau tahap radioaktiviti di laut dan persekitaran bersama IAEA.
Jepun komited beri penjelasan aspek keselamatan pelepasan air Fukushima
Walaupun ia dikatakan selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa, banyak negara-negara jiran mengutarakan keraguan.
Krisis Rusia-Ukraine: Bencana nuklear Chernobyl 1986 dikhuatiri berulang
Kiev memaklumkan kepada IAEA, mereka sudah kehilangan kawalan terhadap rod bahan api radioaktif di zon pengecualian Chernobyl.
Gempa bumi 5.1 magnitud berhampiran loji nuklear Iran
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan yang dilaporkan.