TOKYO: Jepun sedang menggubal rang undang-undang untuk menyokong industri yang terlibat dalam pengeluaran dan pembekalan hidrogen dan ammonia sebagai sumber tenaga menjelang 2030, lapor Sputnik.
Menurut akhbar Jepun Yomiuri pada Rabu yang memetik sumber kerajaan, rang undang-undang itu dilaporkan akan diserahkan kepada Parlimen untuk semakan menjelang 31 Mac 2023.
Dokumen itu mengambil kira trend global untuk mengurangkan penggunaan bahan mentah berasaskan karbon dan beralih kepada hidrogen dan ammonia yang bukan sumber gas rumah hijau, menurut laporan itu.
Sokongan di peringkat negeri diperlukan untuk perusahaan yang terlibat dalam pengeluaran dan pembekalan hidrogen dan ammonia selain pembangunan infrastruktur berkaitan.
Kerajaan khususnya akan membayar perbezaan harga antara karbon dan hidrogen dan ammonia mesra alam kepada perusahaan selama 15 tahun, selain akan membina kemudahan penyimpanan di lapan lokasi dan saluran paip dalam tempoh 10 tahun.
Kerajaan menganggarkan pembangunan rangkaian bekalan ammonia dan hidrogen memerlukan pelaburan kira-kira tujuh trilion yen (AS$53 bilion) daripada syarikat swasta dan kerajaan dalam tempoh 10 tahun datang, menurut laporan itu.
Jepun dilaporkan menetapkan sasaran mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar menjelang 2050.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Menurut sumber kerajaan, rang undang-undang itu dilaporkan akan diserahkan kepada Parlimen untuk semakan menjelang 31 Mac 2023.- Gambar hiasan
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Salji tebal diramal landa utara, timur Jepun
Salji tebal dijangka melanda utara dan timur Jepun sehingga Sabtu, terutamanya di kawasan pergunungan sepanjang pantai Laut Jepun, menurut agensi cuaca negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Penumpang kereta api Shinkansen terkandas selama 4 jam
Kereta api yang dalam perjalanan ke Akita dari Tokyo itu berhenti di antara stesen Kakunodate dan Omagari di wilayah Akita.
Selepas AS, Jepun pula tuduh Google lakukan amalan antipersaingan
Antara tuduhan yang dilemparkan ialah menerusi Chrome, Google turut didapati membayar syarikat untuk menggunakan enjin carian Google Search.
Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di Bulan
Universiti Kyoto dan Kajima Corp. menyasarkan untuk membina prototaip berasaskan tanah bagi "Neo Lunar Glass", struktur paraboloid yang menjana graviti melalui putaran, menjelang 2030-an.
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria.