ULTIMA THULE, batu angkasa berais di hujung sistem solar yang ditemui kapal angkasa ekplorasi New Horizon dirakam berbentuk seperti orang salji atau snowman yang berwarna merah.

Pada sidang media pada Rabu, NASA berkongsikan beberapa imej yang dirakamkan kapal angkasa itu pada hari tahun baharu 2019 lalu.

Saintis turut mendedahkan yang Ultima Thule kemungkinan terhasil daripada dari kumpulan awan kecil yang kemudiannya bercantum dalam keadaan beku dalam sistem solar Kuiper Belt sejak 4.5 bilion tahun dahulu.

Ketika dirakam pada hari Selasa, ramai yang mengatakan imej Ultima Thule yang dikongsikan NASA kelihatan seperti pin boling. Namun setelah NASA mengeluarkan imej yang lebih jelas, kelihatan warna dan bentuk sebenar objek itu.

New Horizon yang dilancarkan pada 2006 itu telah mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer untuk berada hampir dengan Ultima Thule pada jarak 3,540 kilometer.

ARTIKEL BERKAITAN: Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi?

ARTIKEL BERKAITAN: Asteroid bentuk tengkorak manusia bakal rentas bumi

ARTIKEL BERKAITAN: Asteroid gergasi diramal menghentam bumi pada 2135

Kapal angkasa itu membawa misi ke pinggir sistem solar dengan tujuan mengkaji planet Pluto serta lima bulan yang mengelilingi planet itu.

BACA: Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai


Pada 2015 ketika misi melintasi planet Pluto, New Horizon berjaya membuktikan saiz planet Pluto adalah lebih besar dari yang dibayangkan selama ini.

Ia kemudian meneruskan pengembaraan sejauh 1.6 bilion kilometer melepasi Pluto untuk misi kedua di kawasan Kuiper Belt.

NASA berharap misi di Kuiper Belt dan Ultima Thule itu merungkai misteri kewujudan sistem solar dan planet