SEATTLE:Pengasas Amazon, Jeff Bezos, akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selepas memegang jawatan tersebut selama 30 tahun.

Dia akan digantikan dengan Andy Jassy bermula suku ketiga tahun ini.

Jassy ketika ini mengetuai perniagaan pengkomputeran awan Amazon.

Bezos akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Amazon.

Menurut Bezos, beliau akan menumpukan kepada produk dan inisiatif baharu dan projek lain termasuk The Washington Post dan penerokaan angkasa lepas Blue Origin.

Amazon bermula pada 1995 sebagai platform beli belah atas talian dan kini diluaskan kepada pelbagai perniaghaan termasuk e-reader, kandungan video dan pengkomputeran awan.

Pada suku keempat, jualan bersih Amazon naik 44 peratus kepada AS$125 bilion susulan lebih banyak orang membeli belah atas talian akibat COVID-19.