Dua terbunuh manakala 30 lagi hilang selepas sebuah jambatan runtuh di Goa barat India, kata seorang pegawai lapor agensi berita China Xinhua.
Jambatan di sungai Sanvordem di kampung Curchorem di Goa Selatan itu runtuh pada Khamis petang.
"Kira-kira 50 orang dipercayai jatuh ke dalam sungai. Dua mayat mangsa ditemukan lewat malam dan usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan," kata seorang pegawai kanan polis.
Menurut polis, sebahagian mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing sungai.
"Dikhuatiri terdapat mangsa terperangkap dalam runtuhan, jadi kita akan menjalankan operasi mencari di bawah runtuhan," katanya.
Menurut penduduk tempatan, jambatan usang berkenaan telah ditutup kepada lalu lintas sejak empat tahun lepas.
Radio All India (AIR) pada Jumaat berkata, beberapa mangsa yang hilang dikhuatiri terkorban.
Menurut saksi, jambatan itu dipenuhi orang ramai menyaksikan pegawai bomba dan penyelamat sedang menyelamatkan seorang pemuda yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Menurut penduduk tempatan, jambatan usang berkenaan telah ditutup kepada lalu lintas sejak empat tahun lepas. - Foto Twitter NDTV
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Ancaman bom: Pesawat Azur Air Rusia terpaksa dilencongkan ke Uzbekistan
Pesawat syarikat penerbangan Rusia Azur Air yang dalam perjalanan menuju ke Goa, India terpaksa dilencongkan ke Uzbekistan berikutan ancaman bom, lapor Sputnik yang memetik Agensi Berita India ANI pad
Jambatan runtuh di India, 2 maut 30 hilang
Jambatan di sungai Sanvordem di kampung Curchorem di Goa Selatan itu runtuh pada Khamis petang.
AirAsia India tawar tiket 27 sen
Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini.
Bangunan runtuh di Goa, sekurang-kurangnya 13 maut
13 mayat berjaya dikeluarkan dari bangunan dalam pembinaan yang runtuh di kawasan teluk pusat pelancongan Goa pada Sabtu.