Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Wilayah Jakarta dilanjutkan sehingga akhir Jun ini, namun beberapa aktiviti sosioekonomi akan dibenarkan kembali beroperasi menerusi penerapan normal dan protokol baharu, bermula esok (Jumaat, 5 Jun).
Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata PSBB akan menjalani proses transisi fasa pertama sehingga akhir Jun, dengan beberapa sektor sosioekonomi, antaranya pembukaan rumah-rumah ibadat, kembali bekerja di pejabat, pembukaan pusat-pusat perniagaan dan operasi sepenuhnya pengangkutan awam.
"Semua sektor itu harus menjalankan protokol baharu, penerapan normal baharu dan operasi semua sektor itu adalah tidak melebihi 50 peratus kapasitinya.
"Contoh rumah ibadat masjid, hanya separuh daripada kapasiti masjid, pejabat atau ruang atau bangunan, hanya separuh daripada kapasiti, begitu juga restoran, kedai makan dan melaksanakan jarakan sosial satu meter, memakai pelitup separuh muka," katanya dalam sidang media yang disiarkan menerusi YouTube rasmi pemerintah Jakarta di www.youtube.com/dkijakarta, hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan proses transisi fasa pertama PSBB itu adalah berdasarkan statistik kes positif dan kematian akibat pandemik COVID-19 di Wilayah Jakarta yang menunjukkan trend penurunan sejak akhir Mei dan awal Jun ini.
"PSBB di Jakarta dikuatkuasa pada 15 Mac lepas sehingga hari ini, dan dilanjutkan lagi sehingga akhir Jun, sekiranya proses transisi fasa pertama ini berjaya, kita akan mulakan fasa kedua transisi bermula Julai ini dengan membenarkan lebih banyak sektor sosioekonomi beroperasi, jika sebaliknya, proses transisi ini akan dibatalkan dan kembali kepada peraturan asal PSBB," katanya.
Sektor yang dibenarkan kembali beroperasi dalam fasa transisi itu, antaranya pembukaan rumah ibadat (bermula esok), kembali bekerja di pejabat dan pembukaan pusat-pusat perniagaan (bermula 8 Jun), pembukaan taman-taman rekreasi (bermula 21 Jun) dan operasi sepenuhnya perkhidmatan pengangkutan awam (bermula esok).
Sesi persekolahan dan pusat pengajian tinggi serta pusat-pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020
PSBB di Jakarta dikuatkuasa pada 15 Mac lepas sehingga hari ini, dan dilanjutkan lagi sehingga akhir Jun. - Gambar fail
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Indonesia perlu tingkat hubungan perniagaan, pelaburan bersama Malaysia - Anies
Hubungan perniagaan, pelaburan dan perdagangan antara perusahaan di Malaysia dan Indonesia boleh ditingkatkan lagi.
Pemilu 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan - Lingkar Madani
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 dijangka berlangsung sebanyak dua pusingan.
Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.
Pemilu 2024: KD dan anak berbeza fahaman tapi tidak bercakaran
Beberapa nama besar dalam dunia hiburan dan budayawan Indonesia turut hadir ke Jakarta Convention Center bagi mengikuti debat tersebut.
Pilpres 2024: Prabowo didakwa Anies miliki ribuan hektar tanah, Jusuf Kalla tampil beri penjelasan
Tanah yang dimiliki Prabowo hasil pembelian kilang kertas bernilai AS$150 juta pada 2004.
Isu politik dinasti jadi kebimbangan dalam pemilihan Presiden Indonesia - Penganalisis
Isu politik dinasti ini timbul ekoran pencalonan Gibran Rakabuming Raka yang merupakan anak sulung kepada Presiden Joko Widodo sebagai calon wakil presiden.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024
Bahasa Melayu beri kesamarataan, rasa kebersamaan - Bakal calon Presiden Indonesia
Anies berkata Indonesia dan Malaysia harus semakin menguatkan kerja sama kolaboratif melibatkan kedua-dua negara.
Hubungan Malaysia-Indonesia lebih utama berbanding masalah berbangkit antara kedua-dua negara - Anies Baswedan
Masalah yang timbul sebagai sebahagian daripada resam hidup berjiran dan akan diselesaikan dalam suasana persahabatan.