Anak kelahiran Sarawak, Kho Jabing hari ini gagal untuk penangguhan pelaksanaan hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuannya di saat akhir.
Prosiding yang mengambil masa lebih tiga jam itu didengar di hadapan panel Hakim Rayuan Chao Hick Tin dan Andrew Phang serta hakim Woo Bih Li, Lee Seiu Kin dan Chan Seng Onn.
Chao dalam penghakimannya berkata peguam bela Jabing mengemukakan hujahan dan kandungan yang sama.
"Tiada isu sebenar dibangkitkan," kata hakim.
Pelaksanaan hukuman Jabing sepatutnya dijalankan hari ini tetapi peguam belanya berjaya memperoleh penangguhan sementara, pelaksanaan hukuman itu.
Peguamnya, Jeanette Chong-Aruldoss berjaya memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan selepas mendapat perintah Mahkamah Tinggi lewat malam tadi.
Chong memfailkan segera saman pemula di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman tetapi ia ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman Kannan Ramesh.
Beliau diberi hingga 11 malam Khamis untuk mengemukakan rayuan terhadap penolakan itu, bagi membolehkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu.
Jabing hari ini diwakili peguam Alfred Dodwell.
Minggu lepas, keluarga Jabing menerima surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang memaklumkan Jabing akan menjalani hukuman gantung, hari ini.
Berasal dari Ulu Baram, Sarawak, Jabing, 31, dihukum gantung pada 2010 selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga China, Cao Ruyin dalam cubaan merompak di Geylang Drive di sini pada 2008.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama dengan seorang rakan senegerinya, Galing anak Kujat.
Bagaimanapun, Jabing berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan hukuman itu pada 2013 susulan kajian semula undang-undang mati mandatori di Singapura.
Dia kemudian dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 24 sebatan.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya untuk mengembalikan hukuman mati terhadap Jabing pada Januari 2015.
Kemudian Mahkamah Tinggi menolak rayuan terakhir Jabing pada 5 April 2016.
Pada November 2015, peguam Jabing mengemukakan usul jenayah untuk mengurangkan hukumannya dan mendapat kebenaran untuk menangguhkan hukuman bagi membolehkan peguam menyediakan kesnya semula.
Ibu dan anggota keluarganya hadir di mahkamah hari ini.
Bernama
Fri May 20 2016

Hakim berkata peguam bela Jabing mengemukakan hujahan dan kandungan yang sama. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kho Jabing digantung pada 3.30 petang di Singapura
Rakyat Malaysia yang disabit dengan kesalahan membunuh, Kho Jabing, menjalani hukuman gantungnya pada 3.30 petang tadi di Kompleks Penjara Changi.

Jabing dihukum gantung selepas mahkamah Singapura tolak tangguh hukuman
Pelaksanaan hukuman Jabing sepatutnya dijalankan hari ini tetapi peguam belanya berjaya memperoleh penangguhan sementara.

Pelaksanaan hukuman gantung Jabing ditangguh
Jabatan Peguam Negara (AGC) Singapura hari ini berkata pelaksanaan hukuman gantung warga Malaysia Kho Jabing ditangguh.

Jabing gagal dalam usaha saat akhir 24 jam sebelum hukuman gantung
Peguam Jabing, Gino Hardial Singh memfailkan permohonan itu atas alasan penghakiman itu berat sebelah.

Jabing: Kes cabar penghakiman berlangsung hari ini
Keluarga Kho telah menerima surat daripada Jabatan Penjara Singapura minggu lepas yang menyatakan Jabing akan menjalani hukuman gantung, Jumaat ini.