Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar, Htin Kyaw di kediaman presiden di Naypyitaw, Myanmar, malam semalam.
Menurut laporan Myanmar Times hari ini, pertemuan itu bertujuan meredakan ketegangan susulan hubungan Malaysia-Myanmar yang dikatakan terjejas akibat kritikan keras perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing telah memaklumkan kepada Zulkifeli bahawa tiada sebarang pencabulan hak asasi manusia telah dilakukan ke atas etnik Islam Rohingya di negara itu.
Pihak berkuasa Myanmar juga menurutnya tidak boleh menipu dalam isu itu berikutan tumpuan media tempatan dan antarabangsa dalam isu berkenaan.
Sementara itu, kenyataan daripada pejabat presiden pula dilaporkan berkata ketegangan itu timbul susulan ‘berita palsu’ yang tersebar dan kerajaan Myanmar sedang berusaha menyelesaikan isu berbangkit di negeri Rakhine mengikut undang-undang sedia ada dan standard hak asasi manusia yang diguna pakai.
Pada perhimpunan Ahad lalu, lebih 10,000 menghadiri perhimpunan yang diadakan di Stadium Titiwangsa di ibu negara.
Perhimpunan yang turut disertai timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengumpulkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara sebagai tanda solidariti menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya.
Agensi
Tue Dec 06 2016
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kiri), mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar, Htin Kyaw (tengah), di Naypyitaw. Turut hadir Jeneral Min Aung Hlaing. - Foto AFP
AWANI Ringkas: Banjir di Kota Tinggi, Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang, George Town, pada 11 pagi ini.
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
AWANI Pagi: Pasar Sera Himpunkan Usahawan PMKS Lokal
Pasar Sera disifatkan sebagai platform untuk usahawan yang terdiri daripada anak muda dan orang tempatan khususnya di Kuantan dan Pahang untuk mengetengahkan produk mereka. Untuk tahu bagaimana tercetusnya Pasar Sera ini, ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025
Semarakkan semangat wira badminton negara sempena PETRONAS Malaysia Open 2025, 7-12 Januari di Axiata Arena.
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
Selain menyaksikan aksi tangkas pemain terbaik dunia, terdapat pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif PETRONAS untuk semua.
Ini perjuangan bersama. Ini perjuangan kita.
#PMO25
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia
#IniPerjuanganKita
AWANI Pagi: Antara GL & ‘Pay and Claim’, Pekerja Terhimpit?
Diskusi 7.30 pagi Sabtu bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia membincangkan mengenai dilema terkini kumpulan pekerja susulan inflasi kos rawatan hospital melihat kepada isu antara surat jaminan (GL) dan bayar dahulu, tuntut kemudian (pay and claim) dilaksanakan oleh beberapa syarikat bermula 2025.
Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025
Jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana pada Khamis.
Presiden Myanmar letak jawatan serta-merta, beri alasan 'berehat dari tugas'
Sebelum ini terdapat spekulasi yang menyatakan kesihatan Htin Kyaw merosot, namun dinafikan oleh pegawai rasmi kerajaan.