Israel meneruskan rancangan membina penempatan baru ketika perbincangan rundingan damainya dengan Palestin sedang disambung semula.

Tel Aviv menegaskan, langkah berkenaan tidak akak menjejaskan proses itu.

Menurut jurucakap Perdana Menteri Israel pembinaan dibuat di kawasan yang akan kekal menjadi milik Israel di bawah rundingan damai.

Kenyataan berkenaan menyusul selepas kementerian perumahannya meluluskan pembinaan 1200 apartmen baru.

Bagi mengaburi perbuatan jahatnya, regim Yahudi bersedia membebaskan lebih 20 tahanan Palestin.

Keputusan itu ditempelek perunding Palestin Saeb Erakat.

Sejak 1967, Israel membina berpuluh kawasan penempatan yang menempatkan lebih 560,000 penduduk Yahudi di kawasan Arab yang ditawannya.