BANDARAYA GAZA: Selepas pengumuman Israel pada Rabu bahawa ia telah menguasai Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Palestin-Mesir, sekatan tentera terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.
Agensi Anadolu melaporkan bahawa langkah itu memutuskan hubungan geografi antara Gaza dengan Mesir, membolehkan pentadbiran Tel Aviv menghalang atau menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Wilayah itu sedang mengalami krisis kemanusiaan terburuk akibat serangan berterusan tentera rejim sejak 7 Okt lepas.
Seramai 2.3 juta rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza paling terjejas dengan perkembangan itu di mana mereka sudah menghadapi kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan yang teruk akibat sekatan Israel.
Menurut kenyataan Pejabat Media Gaza, rakyat Palestin yang telah kehilangan tempat tinggal beberapa kali dan bergantung kepada bantuan harian, memerlukan lebih tujuh juta sajian makanan setiap hari disebabkan oleh dasar "kebuluran" Israel.
Selain itu, bahan api, ubat-ubatan dan keperluan penting lain mesti dihantar ke wilayah terkepung itu untuk memenuhi keperluan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Bagaimanapun, sekatan ketat Israel terhadap kemasukan bantuan dan penutupan pintu sempadan semakin memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza.
Pada 7 Mei, tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah di selatan Gaza yang menjadi tempat perlindungan bagi penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Tentera merampas Lintasan Sempadan Rafah di sebelah Palestin antara Gaza dan Mesir, menutup pintu sempadan tersebut.
Situasi itu menjadikan bantuan melalui Rafah atau pemindahan penduduk yang cedera yang memerlukan rawatan di luar Gaza mustahil dilakukan.
Mesir mengisytiharkan bahawa ia tidak akan menerima dasar sudah terjadi Israel dan pemaksaan mereka di Lintasan Sempadan Rafah dan enggan berkoordinasi dengan Israel.
Sementara itu Kaherah menyalahkan Tel Aviv di atas penutupan pintu sempadan dan kemungkinan yang akan memburukkan lagi krisis di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
Sekatan ketat Israel terhadap kemasukan bantuan dan penutupan pintu sempadan semakin memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza. - Foto Reuters
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Kerajaan jimat hampir RM1 juta untuk sewa penerbangan khas
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan membelanjakan RM1.662 juta atau 27 peratus daripada kos penerbangan khas manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri 73 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta.
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa
Lari dari pemeriksaan polis hingga memandu melawan arus menjadi punca lapan individu maut dalam nahas di kilometer 448 Jalan Betong, Sarikei, Meradong pada petang Khamis.
Kerajaan setuju tangguh pembentangan pada Disember ini
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Sarawak tumpu usaha hasil, jual tenaga boleh diperbaharui
Abang johari memaklumkan Sarawak akan terus meneroka ekonomi baharu termasuk bagi tempoh lima tahun akan datang.
PDRM tawar pengurangan saman di semua balai polis bulan depan
PDRM akan memperluaskan diskaun saman di balai-balai seluruh negara bermula Disember 2024.
Israel tawan semua akses bantuan ke Gaza selepas kuasai Koridor Philadelphi
Sekatan tentera Israel terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.