GAZA: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan video menunjukkan mereka merobohkan monumen ikonik yang dibina penduduk Gaza bagi memperingati kekejaman Zionis ketika Perang Gaza pada tahun 2014.

Pada tahun 2014, Israel melancarkan serangan darat selama tiga minggu terhadap pejuang Hamas sebagai tindakan balas walaupun matlamatnyabukan untuk menghapuskan Hamas.

Malahan mereka menyerang penduduk Gaza sehingga mengorbankan 2,310 nyawa.

Agensi media antarabangsa berjaya mengesahkan lokasi bandar Gaza melalui bentuk bangunan, susun atur jalan dan struktur sekeliling yang dilihat dalam video yang sepadan dengan imej satelit yang menunjukkan ia merupakan monumen yang dibina pejuang Hamas.

Ia merupakan lokasi sama dikeluarkan Hamas bulan lalu yang menunjukkan lokasi mereka membebaskan tebusan kepada pasukan palang merah.

Bagaimanpun, menurut jurucakap IDF, tindakan mereka merupakan satu peringatan kepada Hamas untuk tidak menggunakan tapak itu sebagai tempat berkumpul dan tempat di mana mangsa tebusan dibebaskan.

Menurut komander Batalion ke-13 IDF, jika mana-mana patung atau monumen serupa didirikan, mereka akan memusnahkannya.