GAZA CITY : Pesawat tempur Israel melancarkan serangan udara baharu di Semenanjung Gaza awal Ahad di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat berikutan serangan mengejut Hamas ke bandar-bandar Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata kabinet keselamatan melaksanakan "siri keputusan operasi" untuk memusnahkan keupayaan tentera dan kerajaan Hamas serta kumpulan Jihad Islam, "dengan cara yang akan menghapuskan keupayaan dan keinginan mereka untuk mengancam dan membahayakan rakyat Israel selama bertahun-tahun."
Satu kenyataan tentera berkata, jet pejuang menyerang dua bilik kawalan Hamas di Gaza. Dua infrastruktur operasi di dalam masjid turut menjadi sasaran serangan pesawat.
Tentera Israel menggesa penduduk Gaza mengosongkan kawasan kediaman di tengah-tengah serangan udara yang berterusan di seluruh wilayah Palestin dan mengisytiharkan kawasan sekitar sempadan Gaza sebagai zon tentera tertutup.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Palestin telah kehilangan tempat tinggal di Gaza dan berlindung di berpuluh-puluh sekolah dan pusat perlindungan kecemasan di seluruh semenanjung itu.
Akhbar Yedioth Ahronoth berkata penggera amaran roket berbunyi di Ashkelon selepas tembakan roket dari Gaza. Perkhidmatan ambulans Magen David Adom berkata enam warga Israel cedera di Ashkelon, termasuk seorang yang dalam keadaan serius.
Peningkatan ketegangan itu susulan serangan mengejut oleh Hamas pada awal Sabtu yang melibatkan berpuluh-puluh pejuang yang menyusup masuk ke bandar-bandar Israel berhampiran enklaf itu di tengah-tengah tembakan roket yang hebat.
Kementerian Kesihatan Israel berkata sekurang-kurangnya 300 warga Israel terbunuh dan lebih 1,500 cedera dalam serangan itu.
Lebih 250 rakyat Palestin, sementara itu, terbunuh dan lebih 1,700 cedera dalam serangan udara Israel di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan.
Netanyahu berikrar untuk menggunakan semua kekuatan Israel untuk memusnahkan keupayaan Hamas dan "membalas dendam untuk hari hitam ini."
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Jet pejuang menyerang dua bilik kawalan Hamas di Gaza. - Foto/AP
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trak pertahanan awam sumbangan rakyat Malaysia musnah diserang Israel - GPM
GPM Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap aset kemanusiaan yang didedikasikan untuk membantu orang awam.
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam pada 11 Nov tangani serangan Israel
Arab Saudi akan menganjurkan Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam pada 11 Nov untuk menangani serangan Israel di wilayah Palestin dan Lubnan.
Serangan Israel: Letupan kedengaran di Tehran ketika pertahanan udara pintas sasaran - Pegawai Iran
Tehran digegarkan oleh beberapa siri letupan pagi Sabtu ketika sistem pertahanan udara bertindak balas terhadap sasaran yang tidak dikenal pasti.
Hezbollah sahkan Hashem Safieddine maut dalam serangan Israel
Bakal pengganti Hassan Nasrallah itu disahkan terbunuh dalam serangan udara tentera Israel.
Hospital di utara Gaza kehabisan bekalan akibat sekatan Israel
Hospital Al-Awda di utara Gaza kini kehabisan bekalan perubatan dan makanan akibat pengepungan berterusan oleh Israel.
UNIFIL kekal di selatan Lubnan di sebalik cabaran semasa - Lazaro
Pasukan UNIFIL akan terus mengekalkan kedudukannya di selatan Lubnan walaupun berdepan cabaran dan tekanan yang berterusan.
Mesir seru tindakan 'segera dan tegas' untuk hentikan serangan Israel ke atas Gaza
Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty membuat seruan itu dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Sepanyol, Jose Manuel Albares.