NEW DELHI: Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
Muhammad Aurangzeb, merupakan tokoh perbankan, dilantik Menteri Kewangan baharu.
Presiden Asif Ali Zardari menyaksikan majlis angkat sumpah jawatan kedua-dua menteri baharu dalam kerajaan Perdana Menteri Shehbaz Sharif di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr, di Islamabad pada Isnin.
Aurangzeb meletak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Habib Bank Limited (HBL), bank terbesar Pakistan sebelum menyertai Kabinet Shehbaz yang dianggotai 19 menteri.
Dar bekas Menteri Kewangan empat kali adalah penyokong setia abang Shehbaz yang juga bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif.
Dar yang merupakan akauntan bertauliah, kembali ke Pakistan dari London pada September 2022 selepas bersuaka kira-kira lima tahun.
Nawaz, yang menyokong Shehbaz untuk jawatan Perdana Menteri, kembali ke Pakistan pada Oktober 2023 selepas empat tahun memilih hidup dalam buangan di United Kingdom.
Dalam portfolio penting lain, Khawaja Mohammad Asif berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, jawatan yang disandangnya semasa Shehbaz kali pertama dilantik sebagai Perdana Menteri antara April 2022 dan Ogos 2023 berikutan penyingkiran kontroversi Imran Khan sebagai Perdana Menteri dalam undi tidak percaya di Parlimen.
Mohsin Naqvi, bekas Ketua Menteri sementara wilayah Punjab, memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Dar yang merupakan akauntan bertauliah, kembali ke Pakistan dari London pada September 2022 selepas bersuaka kira-kira lima tahun. - Gambar fail/ Reuters
Pasaran saham dijangka pulih, disokong asas ekonomi kukuh dan kemasukan dana asing
Selepas mengalami aliran menurun sejak suku keempat tahun lalu, pasaran saham Malaysia dijangka pulih dengan sokongan asas ekonomi yang kukuh, peningkatan nilai ringgit, dan penilaian pasaran yang kompetitif.
TAGS: Pasaran Saham Malaysia, Pemulihan Ekonomi, KDNK Malaysia 2025, Pelaburan Asing, Ringgit Malaysia, Indeks FBM KLCI, Penilaian Pasaran Saham, Peluang Pelaburan.
TAGS: Pasaran Saham Malaysia, Pemulihan Ekonomi, KDNK Malaysia 2025, Pelaburan Asing, Ringgit Malaysia, Indeks FBM KLCI, Penilaian Pasaran Saham, Peluang Pelaburan.
DOSM unjur KDNK 2024 negara berkembang 5.1 peratus
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pertumbuhan itu dijangka dipacu oleh pertumbuhan 4.8 peratus dalam suku keempat 2024 berikutan pertumbuhan lebih kukuh 5.3 peratus dalam suku ketiga tahun sama, kata jabatan itu menerusi kenyataan media Anggaran KDNK Awalan Suku Keempat 2024 hari ini.
Pertumbuhan itu dijangka dipacu oleh pertumbuhan 4.8 peratus dalam suku keempat 2024 berikutan pertumbuhan lebih kukuh 5.3 peratus dalam suku ketiga tahun sama, kata jabatan itu menerusi kenyataan media Anggaran KDNK Awalan Suku Keempat 2024 hari ini.
Bulu burung ditemui pada enjin pesawat Jeju Air
Bulu burung dan darah ditemui pada kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terhempas di Korea Selatan bulan lalu, menyebabkan 179 korban jiwa, menurut sumber rapat siasatan.
Bulu burung ditemui pada salah satu enjin di lokasi nahas, dan rakaman video menunjukkan serangan burung berlaku pada enjin tersebut.
Bulu burung ditemui pada salah satu enjin di lokasi nahas, dan rakaman video menunjukkan serangan burung berlaku pada enjin tersebut.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.
Tukang masak didenda RM2,500 tendang motosikal anggota URB
Seorang tukang masak didenda RM2,500 selepas dia didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota Unit Rondaan Bermotosikal.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Prasarana Malaysia Bhd bakal membawa masuk lebih 300 van baharu perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) yang akan beroperasi di sekitar stesen tren RapidKL bagi mengurangkan isu destinasi akhir dari stesen tren dan sebaliknya, atau ‘first mile last mile’.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia bagi memastikan penumpang tidak lagi mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke stesen pengangkutan awam berkenaan dari rumah mereka, selain sebahagian usaha meningkatkan kadar kepenggunaan pengangkutan awam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia bagi memastikan penumpang tidak lagi mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke stesen pengangkutan awam berkenaan dari rumah mereka, selain sebahagian usaha meningkatkan kadar kepenggunaan pengangkutan awam.
Kes bunuh pelajar: Pegawai polis boleh guna kenderaan peribadi kuat kuasa undang-undang - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu pegawai polis boleh menggunakan kenderaan peribadi sewaktu menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah trafik atau jenayah.
Hukuman penjara 58 tahun, denda RM1.05 juta bekas majistret dikekalkan
Mahkamah Tinggi Kuantan mengekalkan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1.05 juta terhadap bekas majistret yang didapati bersalah atas enam pertuduhan berkaitan rasuah.
Saif Ali Khan ditikam, Kareena Kapoor akhirnya buka mulut
Aktres Kareena Kapoor akhirnya 'membuka mulut' selepas suaminya, Saif Ali Khan mengalami kecederaan parah setelah diserang perompak di kediaman mereka di Mumbai, India pada awal pagi Khamis.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
Sekutu bekas PM Nawaz Sharif dilantik sebagai Menteri Kewangan Pakistan
Ahli politik kanan Pakistan Ishaq Dar, seorang penyokong setia bekas perdana menteri Nawaz Sharif, dilantik sebagai menteri kewangan baharu negara itu pada Rabu.
Muhammad Ishaq bakal jawat Menteri Kewangan Pakistan buat kali kelima
Bekas Menteri Kewangan Pakistan, Muhammad Ishaq Dar dijangka mengambil alih semula jawatan itu semula berikutan peletakan jawatan Miftah Ismail.
Nawaz Sharif bentuk kabinet 25 menteri
Ishaq Dar dijangka kekal sebagai Menteri Kewangan dan dua wanita juga dijangka dilantik sebagai menteri.