Beribu keluarga di bahagian utara Iraq terpaksa dipindahkan selepas kawasan berkenaan ditenggelami banjir.

Hujan lebat yang melanda disifatkan paling buruk dalam tempoh 30 tahun.

Ia dilaporkan mula turun sejak Sabtu lalu menyebabkan peningkatan paras air sungai Dajlah naik dengan mendadak dan melepasi tebing di Salahuddin.

Selain kawasan ladang, limpahan air menenggelamkan sekurang-kurangnya 10 kawasan perkampungan.

Kementerian Pertahanan Iraq telah menghantar tentera, helikopter dan bot untuk kerja-kerja menyelamat dan operasi pemindahan mangsa turut membabitkan pasukan palang merah Iraq.

Dua kem yang menempatkan lebih 200 khemah telah dibina di kawasan berkenaan.