Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Duta Iran ke Malaysia Marzieh Afkham berkata acara berkenaan yang turut dirancang untuk diadakan di bandar-bandar lain, akan memperkenalkan artis Malaysia dan pencinta budaya agar rakyat Iran dapat mengenali kebudayaan Malaysia.
"Adalah mungkin untuk rakyat Iran terus mengenali kebudayaan negara Malaysia serta pencapaian saintifik, pendidikan dan ekonominya," katanya pada perasmian Hari Kebudayaan Iran di sini hari ini.
Acara itu diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bermula hari ini hingga Khamis. Turut hadir Ketua Pengarah PNM Nafisah Ahmad.
Mengenai sambutan hari kebudayaan itu, Marzieh berkata pameran dan program lain pada acara berkenaan merupakan usaha untuk rakyat Malaysia dan negara lain mengenali budaya, seni dan tamadun Iran.
Sementara itu, Nafisah berkata sehingga kini, terdapat 596 item mengenai subjek berkaitan Iran terdapat dalam koleksi PNM.
"Koleksi Iran itu terdapat dalam pelbagai format termasuk 414 buku, 136 prosiding dan indeks, 23 artikel jurnal, lapan rakaman video, enam peta, enam terbitan bersiri serta masing-masing satu muzik, fail komputer dan rakaman bunyi," katanya.
Beliau berharap lebih banyak buku dan barangan berkaitan dengan Iran akan ditambah ke dalam koleksi perpustakaan itu menerusi pemberian hadiah dan program pertukaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
![Iran sedia anjur program promosi budaya Malaysia di Tehran - Duta Iran sedia anjur program promosi budaya Malaysia di Tehran - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482828711_MarziehAfkham.jpg)
Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai usaha meningkatkan hubungan dua hala. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Iran sedia anjur program promosi budaya Malaysia di Tehran - Duta Iran sedia anjur program promosi budaya Malaysia di Tehran - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482828711_MarziehAfkham.jpg)
Iran sedia anjur program promosi budaya Malaysia di Tehran - Duta
Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
![Iran lantik duta besar wanita pertama, bakal bertugas di Malaysia Iran lantik duta besar wanita pertama, bakal bertugas di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71447057517_MarziehAfkham.jpg)
Iran lantik duta besar wanita pertama, bakal bertugas di Malaysia
Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif mengumumkan bahawa Marzieh Afkham bakal mengetuai kedutaan mereka di Kuala Lumpur.