BANGKOK: Remaja lelaki yang menembak mati dua mangsa dan mencederakan lima yang lain di Siam Paragon Mall di Bangkok menggunakan pistol tiruan yang telah diubah suai.
Asisten Komisioner Polis Diraja Thailand, Pol Lt Jen Samran Nualma berkata remaja berkenaan yang berusia 14 tahun ditahan kira-kira sejam selepas insiden berlaku.
"Dia menggunakan pistol plastik yang diubah suai untuk menembak peluru sebenar.
"Polis sedang mengkaji semula peraturan dan undang-undang berkaitan kawalan senjata, termasuk peraturan mengawal bahan yang digunakan untuk membuat senjata," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Remaja itu yang mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, menembak mati seorang warga China dan Myanmar, serta mencederakan lima yang lain dalam kejadian yang berlaku pada 4.20 petang Selasa.
Mangsa yang cedera terdiri masing-masing seorang warga Laos dan warga China, manakala selebihnya rakyat tempatan.
Sementara itu, Menteri Pelancongan Sudawan Wangsuphakijkosol berkata insiden tembakan yang berlaku di destinasi pelancongan ikonik di Thailand itu merupakan insiden terpencil tetapi membimbangkan.
"Agensi penguatkuasa akan meningkatkan langkah keselamatan termasuk pemeriksaan senjata di kawasan awam dan tempat pelancongan," katanya.
Pusat beli-belah itu dibuka semula untuk perniagaan hari ini dan alat pengesan logam telah dipasang di pintu masuk.
Pengawal keselamatan turut menjalankan pemeriksaan terhadap beg pelanggan di semua pintu masuk.
Perdana Menteri Srettha Thavisin turut berada di pusat beli-belah itu untuk merasmikan "SCBX NEXT TECH" pada Rabu.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan komited untuk mencegah kejadian seperti itu daripada berulang.
"Ia adalah peristiwa force majeure (luar kawalan). Bagaimanapun, saya percaya pegawai kerajaan dan Siam Paragon Mall telah mencuba sedaya upaya untuk meminimumkan kerosakan ini.
"Kami berharap kejadian ini tidak berulang. Kerajaan akan memberi perhatian kepada pelbagai langkah pencegahan," tulisnya di X.
Srettha berkata kerajaan akan mengetatkan kawalan penjualan senjata api dalam talian untuk menghalang kanak-kanak bawah umur daripada mengaksesnya.
Sementara itu, pada sidang akhbar berasingan, Komander Bahagian Polis Metropolitan, Pol Mej Jen Nakarin Sukontawit, berkata suspek menghadapi lima pertuduhan, termasuk pembunuhan terancang dan memiliki senjata api tanpa permit.
Dia juga didakwa dengan cubaan membunuh, membawa senjata api di khalayak ramai tanpa permit dan menembak di khalayak ramai tanpa permit.
"Polis boleh menimbang mengenakan pertuduhan tambahan ke atas peluru yang ditemukan selepas menggeledah bilik suspek di Lak Song selain senapang BB serta peluru," katanya.
Nakarin berkata polis sedang menyiasat ibu bapa remaja itu untuk melihat sama ada mereka melanggar Akta Perlindungan Kanak-kanak.
Media tempatan melaporkan bahawa ibu bapa remaja itu mungkin melanggar Seksyen 429 Kanun Sivil dan Komersial.
Remaja itu telah dipindahkan dari mahkamah juvana ke pusat tahanan hari ini dan dia tidak dijamin oleh ibu bapanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Remaja itu yang mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, menembak mati seorang warga China dan Myanmar, serta mencederakan lima yang lain dalam kejadian yang berlaku pada 4.20 petang Selasa. - Gambar fail/REUTERS
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Insiden Siam Paragon: Suspek kongsi video berlatih guna senjata
Siasatan awal turut mendapati suspek gemar bermain permainan video berunsurkan keganasan senjata api.
Insiden Siam Paragon: PM Thailand ikrar langkah keselamatan tertinggi untuk pelancong
Srettha Thavisin arah agensi berkaitan siasat punca kejadian dan membangunkan langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang pada masa hadapan.