CHANDIGARH: Rakaman video kejadian menggemparkan melibatkan sebuah permainan yang gagal berfungsi lalu terhempas ke tanah dari ketinggian 15 meter di sebuah karnival di India tahun lalu kembali menjadi tular di Twitter.
Insiden di Mohali, Punjab pada 4 September 2022 itu turut menyebabkan 16 pengunjung cedera berikutan impak hentakan mengakibatkan mangsa tercampak keluar.
Saksi, Jaspreet Kaur mendakwa, keadaan menjadi huru-hara dan beberapa pengunjung segera membantu mangsa yang mengalami kecederaan dan membawa mereka ke hospital berhampiran.
"Tiada ambulans yang dikerahkan ke lokasi itu. Pekerja di karnival itu juga bertindak melarikan diri," ujarnya.
Menurut laporan media tempatan, permainan itu sepatutnya tidak lagi digunakan selepas tarikh 31 Ogos, namun operasinya dilanjutkan sehingga 11 September.
Penganjur karnival itu memaklumkan mereka telah melancarkan siasatan untuk menentukan punca masalah teknikal tersebut.
"Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan kami sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa," katanya.
Tragedi itu telah meningkatkan kebimbangan tentang tahap keselamatan permainan di taman tema di New Delhi. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Jun 29 2023
Kira-kira 16 pengunjung cedera dalam kejadian sebuah permainan gagal berfungsi lalu terhempas ke tanah dari ketinggian 15 meter di sebuah karnival di India tahun lalu. - Foto agensi
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Insiden permainan karnival terhempas kembali tular
Insiden di Mohali, Punjab pada 4 September 2022 itu turut menyebabkan 16 pengunjung cedera berikutan impak hentakan.