POLIS mengesahkan kematian seorang anggotanya susulan tindakan penyokong Donald Trump yang merusuh di bangunan Capitol, Amerika Syarikat.
Pihak polis Capitol menerusi satu kenyataan memaklumkan, anggotanya, Brian D. Sicknick disahkan maut kira-kira jam 9.30 malam Khamis (waktu tempatan) berikutan kecederaan yang dialami akibat serangan perusuh.
“Sicknick mengalami kecederaan selepasi bertembung dengan perusuh dan dipercayai pengsan sebaik tiba di pejabatnya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 4 maut dalam protes ganas penyokong Trump di Capitol
“Dia kemudian dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” menurut kenyataan tersebut.
BACA: Insiden Capitol Hill: Trump buka mulut, kecam tindakan penyokong sendiri
Sicknick juga merupakan mangsa maut yang kelima akibat rusuhan yang berlaku pada Rabu lalu selepas seorang wanita ditembak anggota polis apabila cuba menceroboh masuk bangunan berkenaan dan tiga lagi yang lain akibat kecederaan.
Insiden pada Rabu lalu menyaksikan ratusan penyokong Trump bertindak ganas dengan merempuh masuk ke dalam bangunan dan turut bergelut bersama anggota polis sambil melaungkan perkataan pengkhianat.
Sementara itu, Ketua Polis Capitol, Steven Sund menerusi satu kenyataan mengumumkan peletakan jawatannya berikutan apa yang berlaku selain menyifatkan insiden berkenaan sebagai 'detik hitam' sepanjang perkhidmatannya.
“Mereka bertindak nekad untuk memasuki ke dalam bangunan sehingga menyebabkan kerosakan yang luar biasa dan polis diserang dengan paip besi dan senjata lain.
“Ini merupakan kejadian terburuk pernah saya alami sepanjang 30 tahun khidmat saya bersama pasukan polis,” katanya menerusi kenyataan itu.
Penyokong Trump, pada Rabu mula merusuh di Capitol bagi menghalang sesi Kongres yang diadakan mengesahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden AS.
Biden dilaporkan mengecam Trump kerana terpalit dengan rekod buruk dan mendakwa Republikan melakukan serangan terhadap institusi demokrasi AS sejak dari mula tempoh pentadbiran presiden berkenaan selama empat tahun.
Biden dilaporkan turut menghentam tindakan Trump yang mendorong penyokongnya untuk tidak menerima kekalahan pada pilihan raya, sehingga dan akhirnya membuat tunjuk perasaan dan merusuh di Capitol.
Hilmi Malik
Fri Jan 08 2021
Penyokong Donald Trump yang merusuh dab bertindak ganas terhadap anggota polis ketika cuba memasuki bangunan Capitol, AS. - Gambar fail
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.