BUNYINYA memang macam tidak masuk akal, tetapi insiden seorang suami baru sedar tertinggal isteri dan anaknya selepas dua jam perjalanan balik kampung untuk menyambut Aidilfitri memang benar-benar terjadi.
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.
Mengikut laporan media Indonesia, tiga beranak itu bertolak daripada rumah bersama sebelum suaminya berasa telah salah jalan.
Isteri dan anaknya kemudian turun daripada motor sementara sang suami yang dikenali sebagai Adam memikirkan arah jalan yang betul.
Malangnya, Adam tidak sedar dia telah meninggalkan isterinya, Siti Aminah dan anak di kawasan motor mereka mengalami masalah di sekitar Brebes. Dia hanya menyedari tertinggal dua pembonceng sewaktu tiba di kawasan Pekalongan.
Dan jarak antara Brebes sehingga Pekalongan adalah sekitar 70 kilometer bersamaan dengan dua jam perjalanan.
Pasangan itu bagaimanapun ‘bersatu’ selepas Siti Aminah dan anaknya ditumpangkan oleh orang awam dan dibawa kepada pihak berkuasa yang menjaga lalu lintas di Brebes.
Menurut Adam, dia langsung tidak sedar anak dan isterinya tiada di atas motor, malah sempat panik selepas menyedari mereka tiada.
Adam fikir anak dan isterinya telah jatuh daripada motor sebelum dia melihat telefon dengan mempunyai 21 panggilan dari nombor tidak dikenali tidak berjawab.
Dia kemudian menelefon semula nombor tersebut yang diketahui milik pihak berkuasa sebelum berpatah balik ke Brebes yang mengambil masa perjalanan dua jam untuk mengambil isteri dan anaknya yang tercicir. -- Gempak
Gempak
Fri Apr 21 2023
Pasangan itu bagaimanapun bersatu selepas Siti Aminah dan anaknya ditumpangkan oleh orang awam dan dibawa kepada pihak berkuasa yang menjaga lalu lintas di Brebes.- Foto Kompas
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Ingat isteri dan anak terjatuh, suami tertinggal pembonceng lepas 2 jam perjalanan balik raya
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.