JAKARTA: Indonesia menjangkakan kerjasamanya dengan China terus membangun dan membawa kemakmuran, kestabilan dan peluang kepada rakyat kedua-dua negara, lapor agensi berita ANTARA.
"Semoga perkongsian kami terus berkembang dan membawa kemakmuran, kestabilan, dan peluang kepada rakyat Indonesia dan China," kata Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto pada majlis sambutan Ulang Tahun Ke-74 Penubuhan Republik Rakyat China di sini pada Rabu.
Hartarto menekankan bahawa kerjasama ekonomi antara Indonesia dan China adalah penting, dan kedua-duanya telah menjalin hubungan dua hala sejak sekian lama.
China adalah antara rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Indonesia, katanya.
Pada 2022, nilai pelaburan China di Indonesia mencecah AS$8.2 bilion dan merupakan yang kedua tertinggi di Indonesia.
Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada tahun itu juga telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$133 bilion, peningkatan lebih 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Hartarto juga menekankan kepentingan membina hubungan yang kukuh dan berkekalan antara kedua-dua negara.
Selain itu, Perkongsian Strategik Komprehensif Indonesia-China, yang telah berjalan selama 10 tahun, telah membawa manfaat yang besar kepada kedua-dua negara.
Kerjasama dua hala antara kedua-duanya terus berkembang dalam bidang pembangunan infrastruktur, industri hijau, dan ekonomi digital.
"Sebagai bentuk komitmen kami terhadap ekonomi digital, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa saya dan menteri perdagangan China baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan e-dagang," kata Hartarto.
MoU itu berfungsi sebagai asas kerjasama dalam mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI), meningkatkan peredaran komersial, mengoptimumkan sistem pengangkutan, mengukuhkan kewangan digital dan memajukan perkhidmatan kesihatan digital.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Hartarto menekankan bahawa kerjasama ekonomi antara Indonesia dan China adalah penting, dan kedua-duanya telah menjalin hubungan dua hala sejak sekian lama. - Gambar fail/Astro AWANI
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
Indonesia mahu bekerjasama dengan China demi kesejahteraan, kestabilan
Indonesia jangka kerjasamanya dengan China terus membangun dan membawa kemakmuran, kestabilan dan peluang kepada rakyat kedua-dua negara.