KUALA LUMPUR : "Gunakan hati anda untuk keadilan dan kemanusiaan.
"Dunia bagaikan berpecah dalam realiti yang berbeza, seperti ada penafian dalam melihat malapetaka di Gaza.
"Hakikatnya, serangan dan pembunuhan terus berlaku..."
Begitu permulaan ucapan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dalam menyuarakan kekecewaan negara itu terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang masih gagal mencapai keputusan tatkala angka korban di Gaza terus meningkat.
Menyampaikan kenyataan di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York sempena sesi khas tergempar Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-10 pada Khamis, beliau berkata PBB seharusnya menekankan soal kemanusiaan yang menjadi asas penubuhannya.
Ujarnya, Indonesia kekal tegas mempertahankan nasib rakyat Palestin yang terus ditindas keganasan Israel.
"Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin, terhadap hospital dan rumah-rumah ibadat di Gaza.
"Pembunuhan, penculikan dan penghukuman yang terus berlaku harus dikutuk kerana ia tidak berperikemanusiaan dan sama sekali bercanggah dengan undang-undang antarabangsa," katanya.
Tambah Retno lagi, anggota PBB seharusnya benar-benar membuktikan mereka berpegang kepada prinsip maruah dan perikemanusiaan bila-bila masa.
Dalam pada itu, Indonesia tampil menyuarakan tiga resolusi kepada ahli majlis dalam menghentikan isu sejagat ini.
"Pertama, hentikan keganasan untuk mengelakkan lebih ramai orang awam kematian berlaku.
"Pihak majlis harus menuntut genjatan senjata dalam kadar segera...
"Antara lain, majlis juga seharusnya mencari pihak yang bertanggungjawab termasuk menubuhkan jawatankuasa tunggal komisen inquiri untuk menyiasat situasi kemanusiaan ini," katanya dalam ucapan sama.
Antara penyelesaian konkrit yang turut diutarakan oleh Indonesia termasuk mengutamakan bantuan kemanusiaan dan meminta agar PBB tidak terjerumus dalam politik sebaliknya menekankan matlamat sebenar penubuhannya.
Dalam pada itu, Retno memberitahu bahawa Indonesia akan melipatgandakan anggota sukarelawan bagi membantu misi kemanusiaan di bawah agensi PBB.
Sesi khas ini diadakan selepas UNSC minggu lalu gagal menerima pakai resolusi yang meminta koridor kemanusiaan dalam konflik itu.
Minggu lalu, UNSC yang tidak sependapat mengenai isu Israel-Palestin, menolak draf resolusi Rusia yang menggesa 'pemberhentian konflik atas dasar kemanusiaan.
Hanya lima daripada 15 negara anggota menyokong resolusi itu, yang mengutuk semua keganasan terhadap orang awam dan semua tindakan pengganas tanpa menamakan Hamas.
Gesaan untuk mengadakan sidang tergempar itu dibuat selepas Duta PBB Jordan, Mahmoud Hmoud dan Duta PBB Mauritania, Sidi Mohamed Laghdaf menghantar surat di bawah kapasiti anggota kumpulan Liga Arab dan Organisasi Kerjasama Islam.
Surat gesaan sama turut diterima dari perwakilan Malaysia bersama Indonesia, Laos, Vietnam, Brunei, Kemboja serta Rusia.
Nickyson Nyambar
Thu Oct 26 2023

Retno Marsudi berucap pada sesi khas tergempar Perhimpunan Agung PBB berkaitan konflik Israel-Hamas di ibu pejabat PBB, New York, Amerika Syarikat, 26 Okt 2023. - REUTERS

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.

Indonesia bertanding kerusi tidak tetap UNSC bagi penggal 2029-2030
Indonesia bertanding untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2029-2030.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi lawat Malaysia mulai esok
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia esok bagi mengeratkan lagi jalinan persahabatan kedua-dua negara.

Menteri Luar Indonesia Marsudi gesa solidariti antarabangsa demi keamanan Palestin
Solidariti antarabangsa syarat untuk menamatkan pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza dan merealisasikan keamanan di Palestin.

Pelantikan Budi Arie sebagai Menteri Luar Indonesia amalan biasa - Kementerian
Retno sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan.

Indonesia sasar selesaikan tiga segmen sempadan darat dengan Malaysia
Indonesia menyasarkan untuk menyelesaikan tiga segmen sempadan darat dengan Malaysia pada hujung tahun ini selepas 24 tahun rundingan.

Indonesia pindahkan dua keluarga, tiga warganya pilih kekal di Gaza
Tiga individu berkenaan merupakan sukarelawan dari Jawatankuasa Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia dan memilih untuk kekal berada di sana.

Indonesia gesa UNGA siasat serangan Israel ke atas Gaza
Indonesia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat serangan Israel ke atas Gaza.

Indonesia lantang kritik PBB, mahu majlis kembalikan sifat 'kemanusiaan'
Majlis Keselamatan itu memiliki tanggungjawab besar menjaga perdamaian dunia, namun masih gagal mencapai keputusan di saat korban meningkat.

Menteri Luar Indonesia gariskan aspek kendali isu keselamatan ASEAN
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi pada Isnin menekankan tiga aspek dalam menangani cabaran keselamatan di rantau ASEAN.

Pemerdagangan manusia terus beri cabaran utama - Menteri Luar Indonesia
Indonesia telah mengendalikan lebih 2,800 kes melibatkan rakyatnya yang menjadi mangsa skim sedemikian di negara jiran.