Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonedia menahan bekas pengerusi Parti Demokrat, Anas Urbaningrum berhubung satu skandal rasuah yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan setakat ini menjejaskan parti pemerintah itu menjelang pemilihan presiden Julai ini.
Anas, 45, ditahan atas tuduhan menerima rasuah kira-kira RM600 juta terkait dengan pembinaan komples sukan di Hambalang, Jawa Barat.
Anas muncul dari ibu pejabat suruhanjaya itu dengan mengenakan rompi jingga menandakan statusnya sebagai tahanan selepas lima jam disoal siasat di pejabat itu pada petang Jumaat.
Dalam kenyataannya kepada media. Dia berterimakasih kepada suruhanjaya itu kerana menahannya dan kemudian mengeluarkan beberapa kenyataan yang menyindir Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
“Ini hari yang bersejarah bagi saya. InsyaAllah, hari ini penting untuk saya menegakkan keadilan dan kebenaran,” kata Anas.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada ketua suruhanjaya itu, Abraham Samad yang menandatangani perintah penahanannya serta kumpulan penyiasat kes itu.
“Saya juga berterima kasih kepada SBY. Semoga insiden ini bermakna dan jadi hadiah tahun baru 2014,” katanya.
“Apabila kita memperjuangkan kebenaran dan keadilan, saya yakin akhirnya kebenaran akan menang."
Kenyataannya itu dikritik oleh beberapa pihak yang menyifatkan helah Anas untuk meraih simpati dan mahu menggambarkan dirinya sebagai orang yang teraniaya dalam kes itu.
Anas’s jab at Yudhoyono was also in Anas berhadapan hukuman maksimum penjara 20 tahun sekiranya sabit tuduhan. Dia akan ditempatkan di pusat tahanan suruhanjaya itu selama 20 hari untuk terus membantu siasatan.
Penahanan Anas menamatkan perang mulut antara dirinya dengan suruhanjaya pencegahan rasuah yang dihormati itu. Dia sebelum ini enggan melayan saman yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu sehingga memaksa Abraham memberikan amaran kepadanya.
Suruhanjaya itu pada pagi Jumaat telah mempersiapkan pegawainya yang dibantu oleh pasukan polis untuk menahan Anas sekiranya dia terus ingkar untuk tampil disiasat.
Dalam satu sidang media, dia mendakwa mematuhi nasihat peguamnya kerana kononnya saman itu tidak jelas mengenai pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Tetapi tiga jam sebelum tamat tempoh yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu, Anas muncul di pejabat agensi berkenaan disambut kumpulan wartawan yang sedia menunggu.
Anas adalah seorang lagi anggota Parti Demokrat yang ditahan berhubung dakwaan rasuah projek Hambalang. Bekas Menteri Belia dan Sukan, Andi Alfian Mallarangeng sebelum ini ditahan pada Oktober tahun lalu dan kini sedang dibicarakan.
Andi didakwa meminta rasuah sebanyak kira-kira RM12 juta daripada syarikat pembinaan Adhi Karya. Anas pula dikatakan menerima sejumlah besar komisyen bagi projek itu yang digunakannya untuk mendanai kempen pemilihan pengerusi Parti Demokrat pada 2010.
Dia juga dituduh menerima sebuah kereta Toyota Harrier SUV sebagai rasuah daripada Adhi Karya.
Anas mempertahankan dirinya tidak bersalah malah berikrar akan menggantungkan dirinya di Tugu Monas sekiranya dia sabit tuduhan.
Penyokong Anas mendakwa Susilo dan anaknya Edhie Baskoro Yudhoyono yang sebenarnya terlibat menerima komisyen daripada projek Hambalang itu. Tuduhan yang sama juga dilemparkan oleh kakitangan sebuah syarikat milik bekas bendahari Parti Demokrat, Muhammad Nazaruddin.
Tuduhan itu mencampakkan Parti Demokrat ke dalam krisis keyakinan rakyat yang mengakibatkan popularitinya menurun sejak akhir-akhir ini.
Jurucakap parti itu, Ruhut Sitompul dalam pada itu menyatakan sikap Parti Demokrat menghormati keputusan pihak berkuasa menahan Anas.
Beliau juga meminta Anas menghormati proses undang-undang itu dan sebaliknya tidak mempolitikkan tuduhan ke atasnya. -- Agensi
Astro Awani
Fri Jan 10 2014
Bekas pengerusi Parti Demokrat, Anas Urbaningrum ditahan rasuah - AFP photo
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Indonesia: Bekas pengerusi parti SBY ditahan kes rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonedia menahan bekas pengerusi Parti Demokrat, Anas Urbaningrum berhubung satu skandal rasuah.