KUALA LUMPUR: Pelakon popular India, Vijayakanth menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun akibat pneumonia di Hospital Madras Institute of Orthopedics and Traumatology (MIOT) di Chennai, pada pukul 6.10 pagi waktu India (8.40 pagi waktu tempatan), pada Khamis.
Indian Express yang memetik kenyataan MIOT memberitahu, mendiang yang lebih dikenali sebagai 'Captain' dalam kalangan peminat-peminatnya dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami masalah pernafasan dan kemudian disahkan positif COVID-19.
"Keadaannya tidak stabil dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan disebabkan pelbagai komplikasi susulan.
"Tahap kesihatannya semakin kritikal sejak semalam dan meninggal dunia pada hari ini (Khamis)," katanya di sini, pada Khamis.
Beberapa pemimpin termasuk Perdana Menteri India, Narendra Modi adalah antara yang merapati pemergian pelakon itu.
"Saya cukup sedih dengan pemergian Thiru Vijayakanth Ji. Beliau merupakan seorang pelakon berkarisma yang menawan hati jutaan peminat.
"Pada masa sama sebagai seorang pemimpin politik, komitmen dan jasa beliau pastinya akan memberi impak kepada landskap politik Tamil Nadu.
"Pemergian beliau sukar untuk mencari pengganti. Beliau merupakan seorang sahabat yang rapat dengan saya dan pastinya saya akan mengenang beliau," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin mengumumkan mendiang akan diberikan penghormatan negeri ketika dikebumikan.
Mayat beliau juga difahamkan akan dibawa ke ibu pejabat Desiya Murpokku Dravida Kazhagam (DMDK) sebelum dikebumikan.
Sebelum ini, Vijayakanth yang juga pengasas parti DMDK dimasukkan ke hospital yang sama pada 18 November lalu dan dibenarkan pulang pada 11 Disember lalu.
Tiga hari selepas keluar dari hospital, beliau yang ditemani isterinya, Premalatha membuat kemunculan pada Mesyuarat Agung DMDK ke-18 yang diadakan di Thiruverkadu, Chennai.
Sepanjang kariernya, pemilik nama sebenar, Narayanan Vijayaraj Alagarswami itu pernah berlakon kira-kira 154 filem.
Antara filem lakonan beliau adalah Senthoora Poove, Pulan Visaranai, Chatriyan, Chinna Gounder, Sethupathi IPS, Honest Raj, Vanathai Pola dan Ramana.
Filem Captain Prabhakaran (1991) merupakan filem yang mencetus fenemona kepada dirinya sehingga diberi gelaran 'Captain'.
Umavathi Ramayah
Thu Dec 28 2023

Vijayakanth menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun akibat pneumonia di Hospital Madras Institute of Orthopedics and Traumatology (MIOT) di Chennai, pada Khamis. - Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

India ratapi kematian pelakon tersohor, 'Captain' Vijayakanth
Pelakon popular India, Vijayakanth menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun akibat pneumonia di Hospital Madras Institute of Orthopedics and Traumatology (MIOT) di Chennai, pada pagi Khamis.