NEW DELHI: India pada Ahad memanggil diplomat tertinggi Britain di New Delhi bagi mengemukakan bantahan terhadap demonstrasi yang diadakan di luar premis misi diplomatiknya di London.
Bendera kebangsaan India di Suruhanjaya Tinggi itu ditarik ke bawah semasa protes itu.
"Diplomat UK di New Delhi telah dipanggil lewat petang hari ini untuk menyampaikan bantahan keras India terhadap tindakan yang diambil oleh elemen pemisah dan ekstremis terhadap Suruhanjaya Tinggi India di London pada awal hari ini," menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan padaAhad.
"Penjelasan dituntut kerana ketiadaan pihak keselamatan British sehingga membenarkan unsur-unsur ini di premis Suruhanjaya Tinggi. Beliau diingatkan tentang kewajipan asas Kerajaan UK di bawah Konvensyen Vienna.
"India mendapati sikap acuh tak acuh Kerajaan UK terhadap keselamatan premis dan kakitangan diplomatik India di UK dan ini tidak boleh diterima.
"Kerajaan UK dijangka mengambil langkah segera untuk mengenal pasti, menangkap dan mendakwa setiap seorang daripada mereka yang terlibat dalam insiden hari ini, dan melaksanakan tindakan tegas untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang," menurut kementerian itu.
Penunjuk perasaan di London dilaporkan berang dengan tindakan polis India terhadap ketua pertubuhan Waris Punjab De (Waris Punjab) Amritpal Singh dan penyokongnya di Punjab.
Lebih 110 orang telah ditahan sejak Sabtu dalam satu operasi besar-besaran yang dilancarkan untuk memburu Amritpal.
Amritpal, 30, disifatkan oleh media India sebagai pendakwah radikal yang simpati terhadap usaha untuk menubuhkan negara "Khalistan" yang merdeka.
Dia melarikan diri daripada buruan polis pada Sabtu manakala ramai rakan sekutunya ditahan.
Dia menjadi tumpuan baru-baru ini susulan kenyataannya yang dilihat sebagai mempromosi radikalisme di wilayah majoriti Sikh di India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Bendera kebangsaan India di Suruhanjaya Tinggi itu ditarik ke bawah semasa protes itu. -Gambar fail/Pexels
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
India panggil diplomat tertinggi Britain, insiden demonstrasi di London
Bendera kebangsaan India di Suruhanjaya Tinggi itu ditarik ke bawah semasa protes itu.