India catat kes ketiga novel koronavirus

Agensi
Februari 3, 2020 10:12 MYT
Satu kes baharu novel koronavirus dikesan di India menjadikan jumlah terkini pesakit yang positif di negara itu kepada tiga orang. - Gambar fail/Astro AWANI
Satu lagi kes baharu novel koronavirus (2019-nCoV) dikesan di India, menjadikan jumlah terkini pesakit yang positif di negara itu kepada tiga orang, lapor CNN.
Kes yang dikesan di selatan Kerala itu disahkan oleh Menteri Kesihatan Kerala, KK Shailaja menerusi muat naik di laman media sosial Facebook.
Menurut Shailaja, pesakit berkenaan merupakan pelajar yang baru pulang dari Wuhan, China.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
Individu berkenaan telah ditahan di hospital di daerah Kerala dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Jumlah terkini kes positif jangkitan novel koronavirus telah mencecah sebanyak 17,205 kes dengan 361 kematian.
BACA: Koronavirus: Jumlah kematian meningkat kepada 362
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dipetik berkata, 2,829 kes baru dan 57 kematian dilaporkan di China pada Ahad, berbanding 2,590 kes baru dan 45 kematian pada Sabtu.
Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan, 56 adalah di wilayah Hubei - pusat kejadian wabak koronavirus itu - dan satu di Chongqing.
#China #Hubei #India #Kerala #KK Shailaja #Menteri Kesihatan Kerala #novel koronavirus #virus Wuhan #wabak #Wuhan