Kira-kira 96 juta orang layak untuk memilih 288 Ahli Dewan Undangan Maharashtra pada 20 November manakala 26 juta pengundi Jharkhand akan mengundi dalam dua fasa pada 13 dan 20 November untuk memilih 81 wakil.
Pengiraan undi akan berlangsung pada 23 November.
Suruhanjaya Pilihan Raya turut mengumumkan pilihan raya kecil bagi 47 kerusi Dewan Undangan di pelbagai negeri bersama kerusi Parlimen Wayanad pada 13 November.
Kerusi Wayanad di negeri Kerala dikosongkan oleh Ketua Pembangkang, Rahul Gandhi yang memilih untuk mewakili Raebareli di Uttar Pradesh selepas memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya Parlimen tahun ini. - BERNAMA