PARA pegawai penyiasat yang sedang menyiasat serangan berdarah di Paris pada Jumaat lalu telah mengenal pasti lima daripada tujuh pengebom nekad yang mana mayat mereka ditemui di tiga lokasi di bandaraya itu. Turut diburu, mereka yang bersubahat dan cuba melarikan diri.
129 terbunuh manakala lebih 350 orang lagi cedera dalam kejadian itu.
Kita lihat siapakah mereka di sebalik serangan ganas terburuk yang melanda Perancis itu yang menjadikan dewan konsert, restoran dan stadium sebagai sasaran?
- Omar Ismail Mostefai -
Berusia 29 tahun, warga Perancis ini meletupkan dirinya di dewan muzik Bataclan. Dia adalah seorang daripada tiga penyerang yang menyebabkan kematian 89 orang dalam serangan Jumaat lalu itu.
Identitinya dikenali daripada sepotong jari yang ditemui di tempat serangan.
Omar yang dibesarkan di pinggir bandar Paris pernah ditahan atas beberapa kes jenayah ringan namun tidak pernah dipenjarakan.
Kesan jari terputus yang ditemui dikatakan sama dengan rekod yang dimiliki polis.
Menurut Pendakwaraya Paris, Francois Molins, nama Ismail pernah disenarai polis pada 2010 sebagai seorang yang radikal namun tidak pernah dikaitkan dengan sebarang rangkaian pengganas atau terbabit dalam sebarang perancangan mengenainya.
- Samy Amimour -
Penyerang kedua di dewan Bataclan ini berasal dari Drancy, daerah di timur laut ke pinggir Paris.
Dia pernah disiasat oleh pasukan anti keganasan negara itu selepas didakwa pada 19 Oktober, 2012 atas tuduhan berkonspirasi untuk melancarkan keganasan susulan cubaannya untuk ke Yaman.
Dia bagaimanapun dibebaskan atas jaminan.
Samy kemudiaannya ke Syria pada 11 September 2013, menyebabkan hakim mengeluarkan waran tangkap antarabangsa.
Dia kemudiannya berkahwin di Syria.
Tiga anggota keluarganya turut ditahan pada Isnin.
- Brahim Abdeslam -
Pemuda ini berusia 31 tahun dan merupakan warga Perancis yang tinggal di Belgium sebelum meletupkan dirinya di luar sebuah bar, Boulevard Voltaire menyebabkan seorang cedera.
Lahir pada 30 Julai, 1984, dia adalah seorang dari tiga beradik yang sedang disiasat polis.
Brahim disyaki menyewa sebuah kereta di Belgium dan kenderaan terbabit ditemui di Montreuil ke timur Paris bersama senjata rifel dan 11 magazin peluru.
Menurut rekod polis, namanya turut tersenarai dengan rekod jenayah pada 2010 dan 2011 bersama Abdelhamid Abaaoud, seorang pemimpin kumpulan militan di Belgium.
- Salah Abdeslam, diburu -
Adik lelaki Brahim, Salah Abdeslam, berusia 26 tahun kini diburu pihak berkuasa Perancis yang menyifatkannya sebagai merbahaya. Belgium turut mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadapnya.
Dia turut dipercayai menyewa sebuah kereta di Belgium yang kemudiannya ditemui berhampiran dewan konsert Bataclan.
Seorang lagi anggota keluarganya, Mohamad Abdeslam telah ditahan pada Sabtu namun dibebakan tanpa sebarang pendawaan.
Menurut peguam, anak guamnya itu mempunyai alibi, dan tidak berada di Paris ketika serangan.
- Bilal Hadfi -
Lelaki berusia 20 tahun ini adalah antara tiga penyerang yang meletupkan dirinya di luar Stadium Nasional Perancis, meragut satu nyawa ketika pasukan bola sepak kebangsaan Perancis sedang bertemu Jerman dalam satu perlawanan antarabangsa.
Menurut pegawai penyiasat, Bilal adalah warga Perancis yang menginap di Belgium dan pernah berada di Syria.
- Ahmad al-Mohammad -
Berhampiran mayat pengebom kedua di Stadium Nassional Perancis, pasukan penyiasat menemui sekeping pasport Syria dengan nama Ahmad al-Mohammad, berusia 25 tahun, dilahirkan pada 1990 di Idliv, Syria.
Menurut pihak berkuasa Serbia, pasport terbabit pernah didaftarkan di sebuah pulak Greece, Leros pada 3 Oktober lalu. Pemegangnya kemudiaan menuju ke Macedonia dan Serbia dimana dia memohon suaka.
Pasukan penyiasat kini sedang berusaha untuk memastikan ketulinan pasport terbabit dan tiada rekod mengaitkan pemegangnya dengan sebarang kegiatan keganasan.
Pada Isnin, pihak Serbia telah menahan seorang pendatang yang memiliki pasport dengan data yang sama.
AFP
Tue Nov 17 2015
Gambar Abdeslam Salah, salah seorang suspek serabngan di Paris yang diedarkan pihak penyiasat. - Foto AFP
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Guna kemajuan teknologi kesan potensi kerosakan tayar untuk elak kemalangan - NIOSH
Teknologi itu mampu memberi amaran awal tentang potensi kerosakan yang boleh membahayakan nyawa.
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Identiti lima suspek serangan Paris: Apa yang telah diketahui
Siapakah mereka di sebalik serangan ganas terburuk yang melanda Perancis itu yang menjadikan dewan konsert, restoran dan stadium sebagai sasaran?