THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berkata bahawa ia akan mengeluarkan keputusan pada Sabtu ini berhubung permintaan Afrika Selatan untuk mengarahkan Israel menghentikan serangan di Gaza.
Afrika Selatan mahu mahkamah mengarahkan Israel untuk "segera" menghentikan semua operasi ketenteraan di Gaza, termasuk di bandar Rafah, yang ia memulakan serangan darat pada 7 Mei, walaupun mendapat tentangan daripada masyarakat antarabangsa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Afrika Selatan telah meminta mahkamah mendesak Israel untuk segera menarik balik pasukannya dan menghentikan serangan ketenteraan ke atas Rafah, serta segera mengambil semua langkah berkesan untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.
Ia juga meminta mahkamah untuk mengeluarkan perintah kepada Israel supaya membenarkan pegawai PBB dan organisasi yang menyediakan bantuan kemanusiaan serta wartawan dan penyiasat, memasuki Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.
Afrika Selatan menambah bahawa Israel setakat ini telah mengabaikan dan melanggar perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini.
Pada Januari, ICJ telah menggesa Israel untuk mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada genosid dan memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Walau bagaimanapun, tindak balas Israel telah dianggap tidak mencukupi oleh pelbagai pemerhati antarabangsa.
Berikutan kejadian itu, Afrika Selatan memohon mahkamah untuk mengambil langkah baharu sebagai tindak balas kepada pengumuman Israel mengenai serangan yang akan dilakukan ke atas Rafah. Namun, mahkamah menolak permintaan itu.
Pada awal Mac, Afrika Selatan memperbaharui rayuannya kepada ICJ untuk langkah-langkah segera.
Pada bulan yang sama, mahkamah telah mengarahkan Israel untuk memastikan penghantaran "bantuan kemanusiaan segera" ke Gaza di tengah-tengah kebuluran yang semakin meningkat di wilayah yang dikepung itu.
Baru-baru ini, beberapa negara, termasuk Libya, Mesir dan Turki, telah menyatakan hasrat mereka untuk secara rasmi menyokong tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel.
Kes itu menuduh Israel melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai dalam serangan berterusan ke atas Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
![ICJ putuskan permohonan gencatan senjata Gaza oleh Afrika Selatan Sabtu ini ICJ putuskan permohonan gencatan senjata Gaza oleh Afrika Selatan Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706243169_ICJ.jpg)
ICJ berkata ia akan mengeluarkan keputusan pada Sabtu ini berhubung permintaan Afrika Selatan untuk mengarahkan Israel menghentikan serangan di Gaza. -Gambar fail/Reuters
![PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
![PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional mengikut lunas undang- undang sedia ada.
![LKAN: Alat ganti kapal TLDM bernilai RM384.49 juta tidak diguna LKAN: Alat ganti kapal TLDM bernilai RM384.49 juta tidak diguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081532_OSTEXWestper.jpg)
LKAN: Alat ganti kapal TLDM bernilai RM384.49 juta tidak diguna
LKAN siri 2/2024 mengenal pasti terdapat alat ganti bagi urusan penyenggaraan kapal bernilai RM384.49 juta yang tidak digunakan dan boleh mengakibatkan berlakunya pembaziran.
AWANI Ringkas: ROL tidak akan Berjaya | Bentang di Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1.9 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal berkali-kali
Kira-kira 1.9 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal berkali-kali dan terpaksa membina semula kehidupan selepas kediaman dan kampung halaman musnah diserang rejim Israel.
TERKINI] Kebocoran gas di SAE, KLIA
Pasukan Hazmat dikejarkan ke Sepang Kejuruteraan Pesawat di Zon Tindakbalas Selatan di KLIA dipercayai berlaku kebocoran gas.
![Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709719760_TBDATUKSERIAMIRU.jpg)
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Ia akan menjadi platform ujian untuk teknologi infrastruktur dan pengurusan trafik pintar serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mikromobiliti.
Kedudukan Zulkafperi di Dewan Rakyat dipersoal
Kedudukan terkini Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dipertikai di Dewan Rakyat.
![Insiden gas bocor di Sepang, punca masih disiasat Insiden gas bocor di Sepang, punca masih disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720081716_KebocoranGasMasC.jpg)
Insiden gas bocor di Sepang, punca masih disiasat
Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dipercayai telah dikejarkan ke Sepang sehubungan dakwaan kebocoran gas di pusat Sepang Aircraft Engineering (SAE) di Zon Tindakbalas Zon di KLIA.
![Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720080632_kemalangansabit.jpg)
Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit
Seorang lelaki maut selepas tertusuk sabit pemotong sawit dalam kemalangan motosikal di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, petang semalam.
![Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720060852_tbJacquesFreitag.jpg)
Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan
Kes orang hilang dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas "dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024".
![10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional 10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719178167_MyANC.jpg)
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
![Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718810001_TBCyrilRamaphosa.jpg)
Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua
Upacara mengangkat sumpah dijalankan dalam satu majlis berwarna-warni yang dihadiri beberapa ketua negara dan kerajaan di ibu negara Pretoria.
![Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718423624_CyrilRamaphosa.jpg)
Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.
![Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717406081_tbAtletparaBoling.jpg)
Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah
Atlet boling padang para wanita negara, Hasmunirah Maliki menyifatkan kejayaan muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan, baru-baru ini sebagai tuah.
![Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706305628_TBICJ.jpg)
Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
![Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716983131_SouthAfricanelect.jpg)
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
![ICJ arahkan Israel henti serangan serta-merta di Rafah ICJ arahkan Israel henti serangan serta-merta di Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716561182_JudgeNawafSalam.jpg)
ICJ arahkan Israel henti serangan serta-merta di Rafah
Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta
![ICJ putuskan permohonan gencatan senjata Gaza oleh Afrika Selatan Sabtu ini ICJ putuskan permohonan gencatan senjata Gaza oleh Afrika Selatan Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706243169_ICJ.jpg)
ICJ putuskan permohonan gencatan senjata Gaza oleh Afrika Selatan Sabtu ini
Afrika Selatan mahu mahkamah mengarahkan Israel untuk "segera" menghentikan semua operasi ketenteraan di Gaza, termasuk di bandar Rafah.
![Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716087663_tbDavidEMalcomson.jpg)
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.