Indonesia sedang mengkaji kemungkinan memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan.
Memetik laporan portal Kompas.com, hal berkenaan kini dalam kajian Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional, yang diketuai menterinya, Bambang Brodjonegoro.
Cadangan menukar ibu negara itu diutarakan susulan jumlah penduduk di Jakarta yang terlalu padat.
"Kami menjangkakan kajian akan dapat disiapkan dalam tahun ini.
"Jika semuanya berjalan lancar, proses pemindahan pusat pentadbiran kerajaan akan dilakukan pada 2018 dan 2019," kata Bambang.
Tambah Bambang lagi, proses migrasi ibu negara dari satu tempat ke satu tempat yang lain memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun.
Buat masa kini, kata Bambang, lokasi spesifik ibu negara baharu itu belum ditetapkan lagi.
Namun beberapa laporan media Indonesia menyebut ibu kota Kalimantan Tengah, Palangkaraya, merupakan pilihan utama.
Madiha Abdullah
Wed Jul 12 2017
![Ibu negara Indonesia bakal pindah ke Kalimantan Ibu negara Indonesia bakal pindah ke Kalimantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499821444_JakrtaTraffic.jpg)
Cadangan menukar ibu negara itu diutarakan susulan jumlah penduduk di Jakarta yang terlalu padat. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ibu negara Indonesia bakal pindah ke Kalimantan Ibu negara Indonesia bakal pindah ke Kalimantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499821444_JakrtaTraffic.jpg)
Ibu negara Indonesia bakal pindah ke Kalimantan
Cadangan menukar ibu negara itu diutarakan susulan jumlah penduduk di Jakarta yang sudah terlalu padat.