GAZA: Salah sebuah hospital terakhir yang masih bertahan di Semenanjung Gaza utara tidak dapat lagi beroperasi sejak Selasa selepas teruk diserang oleh tentera Israel.
Pengarah Hospital Al-Ahli, Fadel Naim memberitahu, tentera Israel menyerang hospital dan menahan ramai doktor, kakitangan perubatan dan pesakit selain memusnahkan sebahagian daripada kawasan bangunan itu.
Menurutnya, serangan Israel mengakibatkan hospital tidak dapat lagi beroperasi, selain pihaknya tidak lagi boleh menerima mana-mana pesakit atau mangsa yang cedera.
Tambah beliau, sekurang-kurangnya empat orang yang cedera akibat tembakan Israel pada Isnin di hospital terbabit, meninggal dunia sehari kemudian akibat kecederaan yang dialami.
Hospital Al-Ahli, yang juga dikenali sebagai Hospital Baptist atau Ahli Arab, mengalami kerosakan teruk akibat letupan di tempat letak keretanya pada 17 Oktober lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya puluhan mangsa maut.
Kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam menuduh serangan itu dilakukan Israel, namun ia dinafikan rejim itu dan sebaliknya menyalahkan roket yang dikatakan salah ditembak oleh Jihad Islam menyebabkan letupan berkenaan.
Hospital dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, namun ia berulang kali diserang Israel di Semenanjung Gaza sejak bermulanya perang antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Tentera Israel sebelum ini menyerbu kemudahan perubatan lain di Gaza, termasuk Al-Shifa, hospital terbesar di wilayah itu, yang kini beroperasi pada kapasiti minimum dengan pasukan yang sangat kecil.
Ahad lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, Hospital Al-Ahli menerima pesakit kritikal daripada Al-Shifa untuk pembedahan.
Menurut WHO, Jabatan Kecemasan Al-Shifa, yang musnah akibat pengeboman Israel, 'bermandikan darah' dan 'memerlukan pemulihan'.
Israel menghadapi peningkatan tekanan antarabangsa susulan kenaikan jumlah kematian orang awam dan kemusnahan hospital di Gaza.
Astro Awani
Tue Dec 19 2023
Jabatan Kecemasan Al-Shifa, yang musnah akibat pengeboman Israel, 'bermandikan darah' dan 'memerlukan pemulihan'. - Foto X/TRTWorldNow
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Hospital terakhir Gaza musnah dalam serangan Israel
Hospital Al-Ahli, salah satu hospital terakhir yang masih bertahan di Semenanjung Gaza utara tidak dapat lagi beroperasi sejak Selasa selepas diserang oleh tentera Israel.
100 doktor Israel gesa bom semua hospital di Gaza
Surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu menyatakan wajar hospital dibom kerana penduduk Gaza membiarkan ia dijadikan sarang pengganas.