Hospital Kanada sahkan kes positif koronavirus baru

Astro Awani
Januari 26, 2020 10:41 MYT
Pegawai polis memeriksa kenderaan yang masuk di plaza tol lebuh raya pada malam perayaan Tahun Baru Cina, di Xianning, sebuah bandar bersempadan dengan Wuhan, China, 24 Januari 2020. REUTERS
Sebuah hospital di Toronto mengesahkan pada Sabtu, ia mempunyai satu kes yang disahkan koronavirus baru dari China, kes pertama seumpamanya di Kanada.
Pusat Sains Kesihatan Sunnybrook berkata ia "sedang merawat pesakit yang disahkan mengalami jangkitan kes koronavirus novel yang berasal dari Wuhan, China."
Ketua Pegawai Perubatan Kesihatan Dr David Williams berkata, pihaknya 95 peratus pasti ia merupakan virus tersebut, yang dikenali sebagai 2019 novel koronavirus (2019-nCoV), selepas ujian makmal dijalankan di Ontario.
Lelaki dari China berkenaan, berusia 50-an, baru-baru ini terbang dari Wuhan ke Guangzhou, dan kemudiannya ke Toronto pada 23 Januari.
"Dia sebenarnya tidak berada di Toronto untuk tempoh yang lama. Dia berasa tidak sihat. Saya fikir dia berada di rumah, sementara orang-orang yang tinggal bersamanya berada dalam keadaan isolasi," kata Dr Barbara Yafe, ketua Pegawai Perubatan Bersekutu Ontario.
#2019-nCoV #China #Kanada #koronavirus #Pusat Sains Kesihatan Sunnybrook #Toronto #Wuhan
;