Hospital baharu dibina dalam tempoh 15 hari untuk tampung pesakit koronavirus
Agensi
Januari 26, 2020 07:15 MYT
Januari 26, 2020 07:15 MYT
Kerajaan China akan membina hospital kedua di bandar Wuhan khusus untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas kerajaan memberitahu untuk membina hospital pertama di bandar yang menempatkan sekitar 11 juta penduduk.
Pembinaan hospital berkenaan dijangka siap dalam masa setengah bulan dan menempatkan sekitar 1,300 buah katil.
Kerja-kerja pembinaan sudah dimulakan untuk pembinaan hospital pertama yang dijangka siap pada 3 Februari ini, lapor People’s Daily pada Sabtu.
Hospital pertama dibina di khusus untuk pekerja tempatan yang dilengkapi taman dan hampir dengan tasik, terletak di sebuah kawasan luar bandar, lapor Changjiang Daily.
Bangunan pasang siap itu akan dilengkapi dengan 1,000 buah katil.
Projek berkenaan adalah sebagai langkah penyelesaian kepada masalah kekurangan sumber perubatan.
Disebabkan ia adalah bangunan pasang siap, pembinaannya tidak akan memakan masa selain kos yang berpatutan.
Syarikat pembinaan, China State Construction Engineering berkata, mereka akan membuat apa yang perlu dalam usaha menangani kesukaran yang berlaku pada masa ini.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Wuhan menyasarkan untuk melaksanakan langkah-langkah sewaktu China berperang dengan penularan wabak Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) pada 2003.
Pada waktu itu, Beijing membina Hospital Xiaotangshan di kawasan utara dalam masa satu minggu.