Gergasi automotif, Honda, mengukuhkan kedudukan nombor satunya dalam pasaran kereta penumpang Thailand dengan mencatatkan jualan sebanyak 107,342 unit pada 2016 termasuk Honda BR-V, HR-V dan CR-V.
Bahagian pasaran Honda di negara itu meningkat kepada 32.7 peratus daripada 31.6 peratus pada 2015, yang menjadikan syarikat tersebut juara bagi pasaran kereta penumpang bagi dua tahun berturut-turut.
"Pada 2017, Honda terus berazam memperkenalkan model inovatif bermula dengan The New Honda City, kereta subkompak popular yang mencatatkan jualan tertinggi dalam segmen tersebut," kata Ketua Pegawai Operasi Honda Automobile (Thailand) Co. Ltd Pitak Pruittisarikorn dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata syarikat itu akan melancarkan banyak model baharu tahun ini untuk menyediakan kepada trend gaya hidup dan bersedia untuk meningkatkan perkhidmatannya ke tahap seterusnya bagi memastikan pelanggan berpuas hati.
Honda akan terus mewujudkan dan menyediakan nilai terbaik bagi pelanggan dan masyarakat Thailand, kata Pitak.
Jumlah jualan kereta penumpang di Thailand pada 2016 ialah sebanyak 328,053 unit yang mana 7.9 peratus lebih rendah berbanding 356,065 unit pada tahun sebelumnya.
Keseluruhan jualan kereta (termasuk kereta perdagangan dan penumpang) di Thailand pada 2016 berjumlah 768,788 unit, turun 3.9 peratus daripada 799,632 unit pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017

Gergasi automotif, Honda, mengukuhkan kedudukan nombor satunya dalam pasaran kereta penumpang Thailand. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Honda kekal nombor satu dalam pasaran kereta penumpang Thailand
Gergasi automotif, Honda, mengukuhkan kedudukan nombor satunya dalam pasaran kereta penumpang Thailand dengan mencatatkan jualan sebanyak 107,342 unit pada 2016 termasuk Honda BR-V, HR-V dan CR-V.