Magiknya bumi Syam ini, saya tidak langsung mabuk kenderaan akibat jalan yang kurang baik serta teknik pemanduan gaya gasar yang ditonjolkan sepanjang perjalanan.
Sesampainya di salah sebuah sekolah untuk pendidikan Al Quran (yang meliputi silibus pembacaan, tajwid, tafsir dan akhlak) kami disambut dengan hampir 100 kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 16 tahun.
"Syesma'!" Tanya saya kepada seorang kanak-kanak yang tidak henti-henti memandang ketika kami tiba ke sekolah mereka.
"Naseer" jawab kanak-kanak itu dengan suara nyaring dan penuh bersemangat.
Perlakuannya aktif kerana Naseer sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam apa yang dilakukannya.
Bila disapa salam, dialah pelajar paling kuat menjawab salam. Bila disoal, dialah juga yang paling bersemangat untuk mengangkat tangan.
aku teringat pesanan dalam kelas psikologi bersama Datuk Prof Dr Mohamad Saat Baki, "kanak-kanak aktif yang suka perhatian sememangnya berpotensi besar untuk menjadi superstar suatu hari nanti.
Ya! Saya setuju dengan pendapat itu. Lebih yakin, apabila Naseer boleh dianggapkan sebagai calon superstar yang boleh digilap dari bumi penuh berkat Syria.
Sebelum pulang, saya berikan Naseer 3 biji Hershey's yang dibeli sebagai bekalan simpanan sepanjang misi.