NEW YORK: Harga minyak meningkat pada Rabu selepas para pengeluar utama mengumumkan pengurangan pengeluaran dalam jumlah yang besar, lapor Xinhua.
West Texas Intermediate bagi penghantaran November meningkat AS$1.24 atau 1.4 peratus untuk ditutup pada US$87.76 setong di New York Mercantile Exchange.
Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menokok AS$1.57 atau 1.7 peratus untuk ditutup pada US$93.37 setong di Bursa Hadapan ICE London.
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+ pada Rabu memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari mulai November.
Menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, keputusan berkenaan dibuat susulan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi dan pasaran minyak global,
"Pengurangan pengeluaran adalah reaksi OPEC+ terhadap penurunan harga yang ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang akan membantu mengimbangi semula pasaran minyak," menurut Carsten Fritsch, penganalisis tenaga di Commerzbank Research pada Rabu.
Kebimbangan terhadap permintaan di tengah-tengah risiko kemelesetan yang semakin meningkat dan peningkatan mendadak nilai dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan harga minyak jatuh pada akhir September ke paras terendah sejak Januari.
Peniaga juga meneliti data mengenai stok bahan api AS.
Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS memaklumkan inventori minyak mentah komersial negara itu berkurangan sebanyak 1.4 juta tong pada minggu berakhir 30 Sept.
Penganalisis yang ditinjau oleh SP Global Commodity Insights menjangkakan bekalan minyak mentah AS menunjukkan kejatuhan sebanyak 1.5 juta tong.
Menurut EIA, jumlah inventori petrol motor merosot sebanyak 4.7 juta tong minggu lepas manakala inventori bahan api sulingan menurun sebanyak 3.4 juta tong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
![Harga minyak meningkat setelah OPEC dan sekutu setuju kurangkan pengeluaran Harga minyak meningkat setelah OPEC dan sekutu setuju kurangkan pengeluaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585586_OilGasIndustry.jpg)
Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya pada Rabu memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari mulai November. - Gambar hiasan
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Harga getah ditutup meningkat, jejak kenaikan harga minyak mentah Harga getah ditutup meningkat, jejak kenaikan harga minyak mentah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Harga getah ditutup meningkat, jejak kenaikan harga minyak mentah
Getah Mutu Malaysia (SMR 20) mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat dengan lebih tinggi seiring dengan kenaikan harga minyak mentah penanda aras global, kata peniaga.
![Harga petrol, diesel kekal hingga 17 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 17 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 17 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![KPK kumpul data sebelum cadangan semakan semula WPL ke atas minyak sawit dihantar kepada MOF - Johari KPK kumpul data sebelum cadangan semakan semula WPL ke atas minyak sawit dihantar kepada MOF - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720266040_JohariAbdGhani.jpg)
KPK kumpul data sebelum cadangan semakan semula WPL ke atas minyak sawit dihantar kepada MOF - Johari
KPK akan mengumpul data berkaitan kos yang terlibat daripada semua pemain industri minyak sawit di negara ini sebelum cadangan semakan semula levi WPL ke atas minyak sawit dihantar kepada MOF.
![Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
![KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694504905_JohariGhanibahas.jpg)
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
![Harga petrol, diesel kekal hingga 26 Jun Harga petrol, diesel kekal hingga 26 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 26 Jun
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter.
![Harga minyak jatuh di tengah kebimbangan permintaan yang lemah, keputusan Fed untuk kekal kadar faedah Harga minyak jatuh di tengah kebimbangan permintaan yang lemah, keputusan Fed untuk kekal kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671696943_oilproduction.jpg)
Harga minyak jatuh di tengah kebimbangan permintaan yang lemah, keputusan Fed untuk kekal kadar faedah
Harga minyak jatuh pada Jumaat berikutan kebimbangan terhadap kelemahan permintaan yang semakin meningkat di Amerika Syarikat.
![MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20 peratus MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718370201_tbbaspesiaran.jpg)
MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20 peratus
Kenaikan itu bersifat sementara sebelum menunggu keputusan kerajaan untuk memasukkan bas dan van persiaran dalam kategori Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0.
![Tak wajar kaitkan 'hari ini menang, esok harga minyak turun' - Anwar Tak wajar kaitkan 'hari ini menang, esok harga minyak turun' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718078154_AnwarIbrahim.jpg)
Tak wajar kaitkan 'hari ini menang, esok harga minyak turun' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak wajar mengaitkan harga minyak semasa dengan ucapan beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), 16 tahun lalu.
![Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.22 mata kepada 1,615.59 daripada 1,614.37 ketika ditutup pada Isnin.