Gelombang banjir terbaru melanda wilayah Pattani dan menyebabkan 49,328 penduduknya terjejas manakala golongan peniaga pula menanggung kerugian besar berikutan kemusnahan terhadap tanaman serta ternakan mereka.
Gabenor Pattani Wirana Pengjan berkata lima daerah di wilayah itu iaitu Muang, Yarang, Khokpo, Mea-Lan dan Nong Chik masih ditenggelami air pada ketika ini.
"Sejak awal pagi tadi, air mulai memasuki rumah-rumah di tepi Sungai Pattani seperti Mukim Paka Harang, kampong bersejarah Chabang Tiga manakala di daerah Muang, terdapat 300 buah rumah ditenggelami air sedalam 1 hingga 2 meter," katanya kepada pemberita hari ini.
BACA: Banjir tiga minggu di selatan Thailand ragut 80 nyawa
BACA: Kerugian akibat banjir di selatan Thailand dijangka cecah 120 bilion baht
Beliau memberi amaran kepada pemilik premis perniagaan di bandar Pattani supaya bersiap sedia untuk berpindah ekoran kenaikan paras air banjir berikutan hujan lebat yang kembali melanda wilayah itu sejak beberapa hari lepas.
Menurut Wirana, ini adalah kali keempat wilayah Pattani dilanda banjir di dalam tempoh hampir sebulan.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Chatchai Promlert dalam kenyataan hari ini berkata banjir di 12 wilayah selatan Thailand dari 1 Jan sehingga hari ini telah mengorbankan 85 orang manakala empat masih hilang.
Lebih 1.7 juta penduduk di wilayah-wilayah terbabit terjejas akibat bencana itu, katanya.
Bencana banjir melanda selatan Thai sejak awal tahun sehingga hari ini disifatkan oleh pegawai kerajaan sebagai yang terburuk dalam sejarah 50 tahun wilayah itu.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya pula memberi amaran kepada penduduk di selatan Thailand supaya bersiap sedia menghadapi lebih banyak hujan lebat yang memungkinkan banjir mulai hari ini hingga Rabu.
Penduduk turut diberi amaran supaya berwaspada terhadap kemungkinan tanah runtuh, manakala bot-bot kecil diminta berhati-hati berikutan angin kencang dan ombak setinggi sehingga 2 meter di Teluk Siam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
Gelombang banjir terbaru melanda wilayah Pattani dan menyebabkan 49,328 penduduknya terjejas. - fotoBERNAMA
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
Hampir 50,000 penduduk Pattani terjejas akibat gelombang banjir terbaru
Gelombang banjir terbaru melanda wilayah Pattani dan menyebabkan 49,328 penduduknya terjejas manakala golongan peniaga pula menanggung kerugian besar.