Malaysia bersedia untuk menyuarakan pandangan dan penyelesaian berhubung beberapa isu penting yang dihadapi dunia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 yang berlangsung di Ibu Pejabat PBB di sini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengetuai delegasi Malaysia akan turut berpeluang mengenengahkan sumbangan Kuala Lumpur ke arah menangani isu seperti krisis pelarian dan keamanan dunia.
"Ia penting untuk diambil kira Malaysia selaku (bukan anggota tetap) anggota Majlis Keselamatan PBB mampu menyampaikan pandangan kita mengenai perkara yang melibatkan masyarakat antarabangsa," kata Ahmad Zahid kepada media Malaysia yang membuat liputan penyertaan beliau di UNGA di sini pada Ahad.
Pada Isnin beliau yang juga Menteri Dalam Negeri akan menyertai mesyuarat peringkat tinggi bagi menangani pergerakan besar-besaran pelarian dan migran.
Mengenai krisis pelarian susulan konflik seperti di Syria, beliau berkata Malaysia kekal komited untuk memenuhi janjinya bagi menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada UNGA tahun lalu.
Satu lagi perkara yang menjadi keprihatinan Malaysia, katanya ialah mengenai kehadiran hampir 60,000 etnik Rohingya di dalam negara.
Berhubung perkara ini, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia merancang untuk menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai pergerakan besar-besaran etnik Rohingya menjelang akhir tahun ini.
"Kita sedang bekerjasama dengan IOM (Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran) dan UNHCR bagi memastikan Malaysia tidak (terus-terusan) terlibat dengan masalah pergerakan besar-besaran pendatang asing tanpa izin," katanya.
Ini, katanya walaupun Malaysia bukan merupakan pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951.
Ahmad Zahid berkata pada mesyuarat esok, beliau mahu mengenengahkan usaha yang sedang dilakukan Kuala Lumpur untuk menangani isu seperti berhubung pemegang kad Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
Beliau berkata kini terdapat kira-kira 154,000 pelarian dan pencari suaka di Malaysia dan oleh itu adalah penting bagi kerajaan untuk menangani masalah berhubung mereka bagi mengelak negara daripada menjadi transit atau destinasi akhir kepada golongan ini termasuk migran ekonomi.
Satu lagi perkara yang menjadi keprihatinan Malaysia, katanya ialah mengenai kehadiran hampir 60,000 etnik Rohingya di dalam negara.
Berhubungan perkara ini, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia merancang untuk menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai pergerakan besar-besaran etnik Rohingya menjelang akhir tahun ini.
"Kita sedang bekerjasama dengan IOM (Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran) dan UNHCR bagi memastikan Malaysia tidak (terus-terusan) terlibat dengan masalah pergerakan besar-besaran pendatang asing tanpa izin," katanya.
Ahmad Zahid berkata langkah keselamatan di kawasan sempadan dan undang-undang penguatkuasaan oleh agensi berkaitan adalah antara usaha yang sedang dilakukan bagi menghalang masalah itu daripada berlaku.
"Apa yang ditekankan perdana menteri kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen ialah keperluan kepada penyeragaman prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang berkaitan di Malaysia untuk dipatuhi setiap orang," kata beliau.
Beliau seterusnya berkata Malaysia telah memainkan peranan dalam menangani pemerdagangan manusia dan akan terus bekerjasama dengan negara lain seperti Britain mengenai buruh paksa.
Ahmad Zahid turut dijadual menyertai mesyuarat peringkat tinggi mengenai keadaan di Syria pada Majlis Keselamatan PBB pada 21 September dan menyampaikan kenyataan Malaysia di sesi perbahasan umum pada 24 September.
Bernama
Mon Sep 19 2016
Isu pelarian, migran dan PATI adalah antara intipati mesyuarat yang akan disertai Malaysia di PBB. - Gambar fail
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Niaga AWANI: EU bakal undi cadangan penambahan tarif EV China
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dijangka akan mengundi pada Jumaat mengenai cadangan penambahan tarif tambahan terhadap kenderaan elektrik berkuasa bateri yang diimport dari China.
Niaga AWANI: Kerajaan mampu kawal fiskal tanpa jejas kebajikan rakyat - Pakar Ekonomi
Felo Penyelidik Bersekutu, ECOFI, Prof. Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin menegaskan bahawa kerajaan perlu mengutamakan kebajikan rakyat berbanding terlalu fokus mengurangkan defisit fiskal. Beliau menekankan pentingnya keseimbangan antara pengukuhan kedudukan fiskal dan menjaga kesejahteraan rakyat dalam situasi ekonomi semasa.
Niaga AWANI: Dasar fiskal pasca pandemik pengaruhi perbelanjaan kesihatan isi rumah
Perubahan dasar fiskal pasca pandemik mencerminkan langkah kerajaan yang lebih berhati-hati dalam pengurusan ekonomi. Datuk Dr. Madeline Berma menegaskan, kerajaan kini memberi tumpuan kepada perbelanjaan bersasar kepada mereka yang paling memerlukan, walaupun ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan yang sebelum ini menerima bantuan.
Niaga AWANI: Jalin kerjasama percepat kemasukan pemula niaga Korea
Iskandar Investment Bhd (IIB) menjalin kerjasama dengan KILSA Global untuk mempercepatkan kemasukan syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Korea Selatan ke Asia Tenggara.
Niaga AWANI: Realisasi pelaburan berjumlah RM3.1 bilion di Terengganu
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) merealisasikan pelaburan berjumlah RM3.1 bilion di Terengganu, 98 peratus daripadanya adalah dalam sektor pembuatan dan bakinya dalam sektor pelancongan.
Niaga AWANI: Konflik Asia Barat: Harga minyak melonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
Niaga AWANI: Malaysia-Pakistan: Peluang besar yang selama ini tidak diteroka kini terbuka
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan lawatan negara tiga hari ke Pakistan sebagai membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Peranti haram buka laluan mudah untuk penjenayah siber
Peranti haram tidak tertakluk kepada standard keselamatan yang ketat, yang selama ini melindungi pengguna platfrom yang sah.
Isu pelarian perlu diurus dengan betul agar tidak bebankan negara - Muhyiddin
Walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, negara sedang menghadapi masalah kemasukan pelarian dan pengurusan yang betul adalah perlu agar ia tidak membebankan negara.
Hal pelarian antara isu penting disertai Malaysia di Perhimpunan Agung PBB
Malaysia bersedia untuk menyuarakan pandangan dan penyelesaian berhubung beberapa isu penting yang dihadapi dunia pada Perhimpunan Agung PBB.
PBB gesa cari penyelesaian terbaik tangani isu pelarian dan migran
Laporan dikeluarkan memandangkan fenomena global itu semakin serius dengan peningkatan bilangan migran yang kehilangan nyawa ketika dalam pelarian.
Usaha-usaha pencegahan untuk minimumkan masalah pelarian penting diberi perhatian - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha pencegahan perlu diberi perhatian utama untuk meminimumkan dan menangani masalah berkaitan pelarian.