Setelah menerima kecaman hebat masyarakat kerana gurauan bahawa "perogol dan mangsa rogol sama-sama merasai nikmat", calon Hakim Mahkamah Agung Indonesia, Muhammad Daming Sunusi meminta maaf secara terbuka dan menyatakan rasa kesal kerana mengeluarkan kenyataan itu.
Padah gurauan kontroversi itu, yang dibuat semasa menjalani ujian kelayakan di hadapan Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia itu, bukan sahaja menjejaskan peluang untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Agung, malah beliau mungkin perlu berdepan Suruhanjaya Kehakiman berhubung soal pelanggaran etika.
"Dari lubuk hati yang paling dalam, saya menyampaikan permohonan maaf kepada masyarakat, media massa, Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAI), Biro Bantuan Guaman (YLBHI) dan kepada pemerhati undang-undang atas ucapan-ucapan saya yang 'out of control' dan tanpa disedari.
Saya mohon maaf terutama kepada Yang Maha Kuasa," kata Daming pada sidang akhbar di sini, Selasa.
Dalam linangan airmata kekesalan, Daming menjelaskan bahawa beliau tidak menyedari terkeluar kenyataan seperti itu kerana ketika itu sedang berada dalam suasana tegang menjawab soalan-soalan para anggota DPR semasa ujian kelayakan itu.
Semasa disoal pada sesi ujian kelayakan itu pada Isnin, Daming, yang juga Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Banjarmasin, Kalimantan Selatan, menyatakan bahawa hukuman mati terhadap perogol perlu difikirkan secara mendalam kerana "yang merogol dan yang dirogol sama-sama menikmati".
Masyarakat dalam reaksinya turut mengecam para anggota DPR yang ketawa mendengar gurauan Daming itu, namun para anggota dewan segera mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka ketawa kerana terkejut mendengar kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh seorang calon hakim Mahkamah Agung.
Banyak pihak juga menggesa supaya para anggota DPR tidak memilih Daming sebagai hakim Mahkamah Agung berikutan kenyataan beliau itu.
Suruhanjaya III DPR mengadakan ujian kelayakan itu terhadap beberapa calon hakim Mahkamah Agung minggu ini.
Bernama
Wed Jan 16 2013


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hakim minta maaf kerana gurauan tentang rogol
Calon Hakim Mahkamah Agung Muhammad Daming Sunusi meminta maaf secara terbuka dan menyatakan rasa kesal kerana mengeluarkan kenyataan 'perogol dan mangsa rogol sama-sama merasai nikmat'.