TOKYO: Sejumlah 11 pegawai kerajaan Jepun diberi amaran setelah didapati melanggar etika dengan menghadiri acara makan malam mewah dan menerima hadiah daripada pihak berkepentingan.
Majalah tempatan Shukan Bunshun melaporkan beberapa pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi menghadiri acara makan malam mewah bersama Seigo Suga, anak Perdana Menteri Yoshihide Suga.
Turut serta dalam acara makan malam itu termasuk beberapa pegawai eksekutif daripada syarikat penyiaran Tohokushinsha Film.
Siasatan kementerian mendapati jemputan acara makan malam dan pemberian hadiah mewah diterima penjawat awam sebanyak 40 kali, yang secara keseluruhannya bernilai 600,000 yen (kira -kira RM22,800) dari 2016 hingga 2019.
Setiausaha Perhubungan Awam Kabinet, Makiko Yamada memohon maaf atas tindakan yang mencemarkan kepercayaan terhadap penjawat awam.
"Saya sangat kesal dengan kelakuan yang menyalahi etika undang-undang perkhidmatan awam kebangsaan, dan merosakkan kredibiliti pegawai kerajaan.
"Saya memohon maaf," katanya.
Dalam masa sama, Perdana Menteri Jepun turut memohon maaf atas tindakan anaknya, namun menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan perniagaannya.
Undang-undang etika penjawat awam kebangsaan Jepun melarang pegawai kerajaan daripada menerima hadiah atau apa-apa bentuk hiburan daripada individu atau syarikat untuk tujuan tertentu.
Astro Awani
Thu Feb 25 2021
Makiko Yamada turut memohon maaf atas tindakannya yang mencemarkan kepercayaan terhadap penjawat awam. -AP
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini
Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata, perkara itu akan diputuskan oleh ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri malam ini.
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat
Pembabitan penjawat awam dalam jenayah rasuah telah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.
[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam
Dengan kenaikan kos sara hidup yang kian mencabar, apatah lagi tinggal di bandar, pastinya jumlah RM1,216 sebulan itu tidak mencukupi.
Lelaki ditahan langgar MPV polis
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.
Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.
Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar
Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO
Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal MyIPO.
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.