MEKAH: Media Malaysia bersama delegasi media antarabangsa pada Isnin melawat Pusat Akhbar Maya yang ditubuhkan di Hab Media Haji oleh Kementerian Media Arab Saudi di Mekah.
Melalui pusat tersebut, maklumat berkaitan Haji 1445 diberikan kepada pelbagai agensi berita menerusi pelbagai paparan atau 'dashboard' yang disediakan, meliputi pelbagai aspek pengurusan haji.
Selain itu, pihak penganjur juga memasang skrin besar memaparkan berita, video, gambar dan aktiviti media sosial daripada media global Kementerian Media.
Selain itu, reruai agensi-agensi Kerajaan Arab Saudi yang terlibat dalam operasi Haji turut ditubuhkan di sana dalam usaha menyantuni pengamal-pengamal media dari seluruh dunia, lantas cuba membantu mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai operasi Haji tahun ini.
Terdapat beberapa bilik operasi di pusat itu, dengan pasukan yang berbeza ditugaskan di sana untuk menyediakan perkhidmatan.
Semasa lawatan media Malaysia, beberapa kenamaan turut berada di sana bagi melihat operasi pusat berkenaan.
Antaranya Menteri Penerangan Saudi yang turut mengambil kesempatan untuk menyantuni wartawan-wartawan pelbagai agensi dari seluruh dunia.
Shafizan Johari
Tue Jun 11 2024
Antara petugas media Malaysia yang berpeluang melihat operasi Hab Media Haji. - Astro AWANI
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Hab Media Mekah dapat sambutan wartawan antarabangsa
Terdapat beberapa bilik operasi di pusat itu, dengan pasukan yang berbeza ditugaskan di sana untuk menyediakan perkhidmatan.